30 August 2010

Merdeka



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

KALI KE 53

SYUKURLAH MENJADI ANAK MALAYSIA!


SEMOGA KEAMANAN NEGARA TERCINTA INI

AKAN TERUS BERKEKALAN SELAMANYA...

AMENN...

27 August 2010

Hasil Perahan d bulan Ramadan


Alhamdulillah ....hari ni dah 6bln 21 hari aku menyusukan anak keduaku Muhammand Nizar dengan susu badanku sendiri... Syukur atas nikmat Allah yang tak terhingga ini..

Rutin harianku,aku akan mengepam sekurang-kurangnya 3 kali sehari...
-pagi (sblum turun sek), kalau sempat la...
-pastu di sek pkul 10 pg,(waktu rehat),
-tghari (pkul 1),
-ptg pkul 4 (kalau blik petang )
-malam kalau nizar kurg menyusu(biasenye aku direct feeding je)

Bulan puasa ni,alhamdulillah,hasil perahanku tidak merudum...masih seperti hari2 biase... ini kerana aku ade mengamalkan makan vitamin shaklee yang aku beli secara online di sini.


Ini hasil tenusu untuk hari ini....



Ini yang aku pam pkul 2 tadi di rumah....







Ini hasil perahan di sekolah tadi pkul 1o.... 7oz..alhamdulillah.


24 August 2010

Banjir ooo banjir...





Lucu sebenarnye bace tajuk ni kan? x de hujan,ribut,tibe2 banjir..hehe...
inilah uniknya sibu ni...w/pun xda hujan lebat,banjirboleh jadi bile2 mase je... Hari ni dalam tahun 2010,blaku lagi banjir., yang masih ku ingat,thun 2005 dulu jadi mase ku br posting...
pastu thun 2007 kut..tp dlm cuti ujg thun,aku blik smjg...

Banjir ni jadi sebab hujan di ulu Kapit..jadi air sungai naik..dan melimpah ruah d sibu ni...


Ini antara gambr2 yg aku sempt snap....dan2 bwak camre nak ambik gmbar..hihi




Budak2 ni dah blik rumah semula lps GB umum cuti..hoooreyyy!!!!






Air dah mula masuk d pintu pagar sekolah....





Riuh rendah la ckgu2 ni....lucu btul...





Budak2 ni duk tggu parents diorg dtg ambik....





Tpt parking kete GB n motor2 guru...






Tempat parking kete ckgu2...jap lg penuh la air ni....





Ni dewan sek...memg menakung air awal2 dah....






Seronok bgambar ye....hehe..kwn n kak angkatku...Faizal n K.Ummu Habibah






GB kami...En.Mahmud Bin Haji Ahad






Amboi...bkn main bgambr dlm air...xtau la dlm air tu ade ape...eeeeiiiii






Mcm pesta ape plak ye...best la ckgu2,murid2 xde....





K.Ummu,Hafzan N Wan Norainin...




Kibaran bendera...meriah sungguh sek ku..Bulan merdeka kan....






Air...oooohhh air.....






Fazilla pun suka main air ye....





Time ni nak blik dah...GB bg blik kul 10pg...




Seronok mengharung air.....




Quistina...jgn lupe kasut cinderella...hihi





22 August 2010

Nasi Ayam Kami


Hari ni ahad,cuti...so en suami request nak makan nasi ayam...aku ni tak de selalu buat nasi ayam ni...hari ni buat la.... Naufal pun suka makan...


INI DIA....







Suami yg hias dan hidang.... ok la kan?











Nasi untuk naufal....






Nyum2.....sedapnye....



20 August 2010

Model2 CD


Ini antara gambar2 yang dapat aku snap time anakku pakai CD...



Naufal d rumah...xpakai bj pun xpe...
.




Nizar mase ni baru 2bulan...





Nizar dalam 40hari.....







seronok sgt ni....xtau ape bende yg digelakkan...





Adik dh 3buln lbh...pkai CD spongebob




2heroes telentang atas tilam...meggayakan CD lunatots




Naufal d samping sepupu sepapatnya....pakai Cd lunatots printed...


18 August 2010

Megahasz Giveaway #3/2010


Assalamualikum...saya dengan ini saya dengan rasminya ingin menyertai
Megahasz Giveway #3/2010.... InsyaAllah ada rezki dpt hadiah buku..hehe





Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar dihttp://megahasz.blogspot.com







15 August 2010

Stok susu April,Mei,Julai...


Akhirnya dapat jgk aku msukkn entry pasal stok susus ku ni..hari ni baru dapat kemas susu2 tu n snap pic...

Untuk pengetahuan semua(yg bace blog ni la)aku dah BF anakku NIzar selama 6bln 9hari pd hari ni...Alhamdulillah Allah pmudahkan pjalanku.... Ini adalh hasil perahan susuku bmula dr Bulan April (Nizar 2bln)... Yg bulan Mac dah expired..mase 2 lum beli deep freezer...





Rekod stok susu untuk bln April...400 oz





Ini stok April bmula 5-19/4




Stok bln 4 bmula 20-30/4




Rekod stok susu utk buln Mei... 236 oz




stok bln Mei...




Rekod stok susu bln Julai...139oz



Semakin mrosot stok...nape ek? penyakit M_ _ _ _...



Semua ni untuk siapa?


=

-

=

-

=

-

=

-

=







Untukmu syg....nizar.....ibu luv u....



Basuh CD


Pagi tadi,dh lps Solat Subuh,aku menghadap sebesan CD yg blum bbasuh..huaaaa!!!!!
Smentra 2hero msih tdo,dpt ku jlnkn xtvt harianku...

Memandangkn aku dh fully berCD slma lbh kurg 7buln,aku perlu buat PROSES PEMULIHAN untuk CD2 ini... ape mksudnye?

Ini aku petik dr blog Suraya,(tuan punye Lunatots.com)

Semakin membesar bayi kita, najisnya akan lebih berasid dimana makanan yang diambil adalah hampir sama dengan orang dewasa!
Jadi bayangkan jika org dewasa buang air di dalam CD, pasti sedikit ’susah’ dan lebih ‘berbau’ berbanding najis bayi kita dibawah 1 tahun kan?
(Mungkin ianya petanda anak anda sudah bersedia utk latihan ke tandas? : wink:)

Ibu bapa patut expect kesan najis bayi akan susah utk ditanggalkan berbanding dahulu
Terutama jika CD yang terkena stool ’diperam’ selama lebih dari sehari
Cara cara utk membersihkannya ialah :
- Bilas dengan air yang banyak sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh
- Tambahkan sabun dan air
- Sidai di bawah cahaya matahari kerana cahaya matahari adalah ejen pembersih dan pemutih yang TERBAIK!

Sekiranya selepas beberapa basuhan awal (prewash), CD anda masih leaking
Atau mungkin selepas beberapa bulan digunakan, CD anda berbau hancing
Ada kemungkinan terdapat detergent build up pada material fleece tersebut (bagi
CD Lunatots)
Cuba alirkan air paip yang perlahan ke atas inner mikrofleece anda dan lihat samada air tersebut diserap atau mengalir ke tepi
Anda boleh cuba :
- Basuh pocket pants anda dengan sabun basuh pinggan seperti Sunlight
- Sental2 dengan tangan
- Rendam bahagian inner dengan air panas yang tidak terlalu panas yang dicampurkan dengan air paip dan bersuhu lebih kurang 70 darjah celcius
- Cuba elakkan bahagian PUL terendam sama kerana dibimbangi air panas akan merosakkan PUL
- Sidai dibawah cahaya matahari, semuanya akan kembali berseri-seri
:)

Bagi membasuh insert yang sudah kelabu, atau kurang gebu dan ada ibu merasakannya ia makin nipis
Anda boleh cuba :
- Tambahkan sesudu kecil soda bikarbonat bersama sabun semasa mode Wash/Basuh didalam mesin basuh

28072009134

- Dan semasa mode Rinse/Bilas, tambahkan sedikit cuka bagi tujuan peneutralan. Penggunaan soda bikarbonat dibimbangi akan menyebabkan diaper rash, kerana itu sedikit cuka diperlukan.
- Jemur di bawah cahaya matahari
- Istimewanya, insert anda akan kembali putih, gebu dan tidak berbau
:)

29072009138

Bunyinya macam remeh kan? Jika kalian tak mahu buat pun tak mengapa
Ianya tak perlu dilakukan setiap bulan
Mungkin 6 bulan sekali, atau bila bila rasa mahu melakukan sesuatu semasa hujung minggu
Sebenarnya tips basuhan menggunakan soda bikarbonat dan cuka itu boleh digunakan kepada
baju atau kotoran rumah yang lain

Saya suka memakaikan anak saya dengan CD
Kerana dengan memakai CD, saya boleh tahu makanan apa yg anak consume di rumah pengasuh
Cek samada stoolnya berdarah ataupun bercacing
Dan mengira berapa kali dia poo poo di rumah pengasuh


P/s..basuhan spt ni bukan dilakukan setiap hari ye...6buln skali ke...


Nizar d hari minggu


Gambar ni ibu ambik lepas Nizar dh mandi..dh pkai baju elok2,ibu snap bbrapa pic adik... Saje, je...lgpun abang yg tua msih tdo lg... Kul 1la br bgun tu...


Umur Nizar hari ni dh msuk 6buln 9hari...dan msih minum susu ibu... juga bubur (xbrp nk makan sgt)..sedap lg susu ibu..hihi



bgun tdo td mata kanan Nizar bengkak sket mcm kena gigt semut
Sian....anak ibu..





stat 6 bln ibu letk nizar dlm walker..senang ket ibu nk wat keje...
siap pkai kasut lg...tkut kena benda tajam..



hai semua!! inilah muke hepi saye....selamat bpuasa semua...


14 August 2010

Kenapa Guna Cloth Dipers

Kita sambung lg tentang CD.. Hari ni berkenaan tajuk kenapa perlu berCD...

Sebenarnya,keputusan menCDkan anak2 adalh kputusan yg besar aku buat. Aku perlu memikirkan kos yang perlu untuk membeli CD ini yg sememangnya agak mahal, mengetepikan rasa MALAS untuk menguruskan CD,dan juga pandangan org2 yg tidak tahu tentg kebaikan CD ini...

Tengok carta bawah ni ye...

kenapapakaiCD


10 sebab yang paling utama ialah :

1. Pakai kain Cotton.
Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain. Memang selamat ye untuk anak kita.

2. Tahu tak bagaimana Disposable Diaper (Pampers pakai buang) bekerja?

Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Baiklah, cuba ini ; potong diaper itu kd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi.Banyak bahan kimia dlm gel tu yg berbahaya kepada anak. Fikir2 kan ye..

3. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara.

Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu?? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.

4. Kurangnya ruam dan gatal.

Sebabnya tiada nya lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan kain lampin sbbnya bila dah basah, anak kita pun tak selesa lagi.Kita kena sentiasa alert dgn anak kita terutamanya yg kuat pee.Kalau dah 3 jam perlu tukar la.

5. Kain lampin sangat menjimatkan!!

Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan CD. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (cara mereka menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.Ini purata untuk kos penggunaan DD.(yg murah ni tau)

RM 0.50 x 6 helai x 30 hari = RM 90.00
RM 90.00 x 12 bulan = RM 108.00
RM 108.00 x 3 tahun = RM 3,240.00(biasanya kanak2 ambil masa 3thun guna pampers)

Kos bagi pembelian 10 helai lampin kain moden (10 helai adalah jumlah yang disyorkan)
RM 48.00 x 10 helai = RM 480.00 (boleh beli secara berperingkat,lagi byk CDdigunakan tiada lagi penggunaan DD)

Penjimatan yang diperolehi
RM 3,240.00 - RM 480.00 = RM 2,760.00

Menjimatkan bukan?


6. Senang utk digunakan.

Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, dah ada rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan!! Anak pun cute sangat pakai CD yg colourful!

7. Cepat pandai buang air sendiri

Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.

8. Berbahaya

Satu cawan penuh ‘crude oil’ telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum.

9. Anak2 belajar dari pemerhatian dan peniruan.

Anda tunjukkan contoh yg baik tentang cara2 mengurus sampah dgn baik dan menjaga alam sekitar. Mereka pun akan ikut jg kerana telah didik begitu!! dan yg terakhir sekali…

10. Masalah kesuburan

Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).Tak ada keturunanlah kita nanti...


Di sini dulu...nanti sambung lagi..

12 August 2010

Jual legging comel!

Aku order legging ni..Ada kwan kt sekolah suruh beli..aku pun ape lagi,alang2 nak beli satu,bagus aku beli banyak..saje suke2...test market kat sibu..hehe..





Busha legging...size 1-3thn




Cute rompers..9-12mnths




kids legging... 1-2thun






Model legging (x sedar gambarnya si ambil)