27 July 2012

Exam OUM Semester 2


Salam Ramadan...
Esok aku n suami serta kawan2 lain berperang dengan Peperiksaan OUM untuk Sem 2..
Sekejap je masa,,
Esok paper English Written..tak tau la nak jawab ape..
huhu..tawakal jer ni..
Lusa plak paper Penilaian & Pengukuran,,
'
Last paper 4/8 ni,subjek Masyarakat & Tamadun..
Moga semuanya berjalan lancar...
Moga dipermudahkan semuanya,,,AMin...


21 July 2012

Salam Ramadan 2012


Alhamdulillah..Ramadan menjelma lagi...bersyukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat Ramadan tahun ni.. semoga semuanya dipermudahkan oleh yang Maha Esa..
Tahun ni beraya dengan baby dalam perut yang berusia 30 minggu,,Alhamdulillah..

Hari pertama...pagi tadi cergas elok,tapi memandangkan kerja2 kat rumah yang banyak ,so terpaksa siapkan,,,jadi badan agak penat.. ni dah pukul 3 petang...
dah rasa agak penat,,,tangah hari tadi masak untuk 2 budak ni..huhu.
harapnya dapat bertahan sampai waktu berbuka..

Itulah sedikit pengalaman berpuasa hari pertama tahun ni...
sedih ingat kenangan waktu kecik2 dulu time sahur n berbuka bersama adik-beradik..
Bila lagi dapat berkumpul bersama-sama...

ok,sampai sini dulu,,
semoga Ramadan tahun ini memberikan seribu barakah n kenikmata kepadaku n semua umat Islam seluruh duna..InsyaAllah,,,


18 July 2012

D'Ambang Ramadan 2012

Banyaknyer kotak?? Sape nak kawen ni? hehe..
Sebenarnye ni salah satu xtvt kami kat sekolah besempena Ramadan yang makin hampir..tinggal 2 hari je lagi..
ni program YB Nangka Sibu.. bersama dgn orang2 Sibu di Masjid AN-Nur pada 19/7..
Jadi SKAA ditugaskan pack kurma dlm kotak yang santek ni sebnyak 2000... Huhuhu,,,,
Banyak kan? tapi kerjasama semua Alhamdulillah,,,dapat disiapkan dengan jayanya...


Antara ustazah2 yang bertungkus lumus..


Salah seorang pekerja mahir..Syuhada...

Sambil packing..sambil sembang...


Kami semua..dari kiri depan,Siti Salmi,aku n Kak Ummu...
Kanan dari depan Maziah,Iffah n Tengku Hanis..


Aik? gambar perut pun ade?


Me n Maziah.. masing2 7 bulan & 8 bulan pregnant..



12 July 2012

Muffin Coklat Chip

Lame betul tak pana oven..so sebab anak2 dah request kek,kena rajinkan diri jgk la buat muffin choc chip ni..lupe dah ambik dari blog mane,tapi resepi die memang mudah... tak perlu pukul pakai mixer pun..
Cuba ya!

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Segenggam chocolate chips

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 
Ataupun 
Bakar dalam oven 180 degree @ lebih sikit..



Amalan Ketika Mengandung





Surah Bacaan Ketika Mengandung ;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;

■ Mengamalkan solat wajib dan sunat

■ Mengamalkan zikir

■ Membaca al-Quran

■ Mendengar muzik yang tenang

■ Membaca buku-buku ilmiah

■ Berbual dengan anak dalam kandungan

■ Menjaga adab dan emosi

■ Tidak tertekan atau stress

■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan

■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)

■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar


IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR ;

Negatif
Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran

Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut

Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak

Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah

Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat

Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak

Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan