14 September 2011

Agar-agar limau @ Fruit Jelly

Salam semua.. hari ni nak kongsi satu agar-agar yang saya buat..
Kalau tengok mula2 mesti ingat buah limau kan?

Haaa...jangan tertipu.. ini jelly,bukan limau.
Saya jumpe resepi ni dalam blog Kak Nor,
Tq Kak Nor atas resepi yang mantap..

Memang sedap..rase macam makan limau juga,sebab jelly ni pun dicampir dengan air perahan limau

 Cantik kan? geram jer tengok...




Memang macam buah limau..tapi jelly rupanya..

Ini resepinya ya.. pandai2 la ubah sukatan tu kalau puan2 pakai buah limau berapa biji

2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

Selamat mencuba ya!



2 comments: