23 September 2011

Puding Pelangi

Salam semua...
minggu lepas,lepak2 tengok blog Kak Nor terus berkenan tengok puding pelangi
Bahan2 senang jer,semua ada kat dapur so try la..
 Ini resepinya ya...

PUDING PELANGI  (Recipe by Alma MyR)
 Sumber: Kak Nor (Secubit Garam)
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh


#untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor. So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....



Ini hasil yang saya buat..pelangi yang tak berapa nak jadi,,,



Rasanya memang sedap...


Saya buat dua aduanan ..yang ini saya sedekah rumah kak angkat saya yang buat open house..

Tak jadi macam kak Nor di sini..huhu
Apepun,yang pasti rasanya memang sedap...

2 comments:

  1. salam kamilah.. kena praktis lagi supaya lebih menjadi pelangi tu ya.. tp at least rasa puding ni mmg sedap kan..

    psst! boleh tak betulkan 'resipi by' tu.. bukan resipi k.nor tp resipi alma myr.. kalau tulis sumber/source: k.nor tkper.. sbb nanti ada yg terkilan lak bila tau resipi org lain, k.nor yg dpt nama .. hehe.. mekasih ya..

    ReplyDelete