15 January 2026

 

2026.......

Permulaan tahun baharu.. tak tahu la berapa lama dah blog ni dah bersarang. kalau ada burung ni memang dah siap ada dengan anak sekali rasanya.😅

Keinginan nak mengarang memang ada, tapi masa sekarang terasa sangatlah singkat. Diri ni dah semakin menua, anak-anak pun dah semakin dewasa. Bila baca balik blog ni rinduuu sangat dengan memori masa anak-anak sedang membesar. Alhamdulillah dapat aku abadikan kat blog ni walaupun tak tahu siapa yang akan membacanya. 

Untuk tahun 2026 usia semakin menginjak.
Naufal - 19 tahun (Form 5 PPKI)
Nizar -Form 4
Husna -Form 2 
Nasuha- Tahun 5


Semua dah besar dari ibu. 


Semoga permulaan 2026 memberikan perjalanan yang lebih indah dan berkah buat keluarga kami.



04 May 2016

Nur Nasuha

Assalamualaikum..
Rindu sangat dengan blog ni,,dah setahun tinggal..mcm2 cerita seka duka sepanjang 2 tahun ni.. 

post ni nk cerita tentang kelahiran puteriku ke dua menrangkap anak no 4..hehe,,Alhamdulillah,...

NUR NASUHA...kau hadir dalam keluarga kita..melengkapi lagi keluarga yg semakin kian membesar..amin..semoga kami terus membesar dengan sihat sayang dan dilimpahi rahmat kasih sayang Allah Taala..

Nasuha lahir pada 3 November 2015..jam 11.50 pagi..kamu satu satunya anak ibu yang lahir di Perak. abang dengan kakak semua IC Sarawak..

Mula-mula keluar dari labour room

Nak berkepit dengan ibu jer

Kak Husna la orang paling seronok dapat adik

Sedapnyer tdo..satu2 nya baju yang ibu simpan dari Abang Naufal dulu


Dalam pantang ni..cerdik dah mukanya 

30 November 2014

Cuti Sekolah 2014!


Cuti sekolah 2014 dah sampai! apa perancangan cuti yer..memang banyak jadual cuti kali ni.dengan kenduri kendara, Exam OUM lagi..
Ok,jom tengok ape xtvt cuti setakat seminggu ni,,

Mula2 cuti,kenduri Najib@ Pak Anjang akad nikah kat Bukit Mertajam @22/11 ari tu,

Najib & Ikin
Moga jodoh kalian berkekalan hingga akhir hayat.

Pastu ade LADAP lagi kat sekolah dari 24-26/11..


First time bawak anak2 layan movie kat panggung,,
ibunya pun baru second time masuk wayang
tengok cite baru (BIG HERO)

Seronok la tu sebelum masuk dalam
Dah tengok separuh ajak balik rumah(naufal)

Husna tido dah separuh cite..
Best jugak la cite die..sesuai la bawak anak2.,,

26 November 2014

Sekolah baruku@SK Tambun,Ipoh

Salam...post kali ni nak cita sikit2 tentang sekolah baruku@SK Tambun Ipoh, Bil murid lbih kurang SKAA dulu jer,..Alhamdulillah ditemukan dengan rakan2 guru yang baim hati, sporting dan memahami juga,,
Tahun ni ku pegang jwtan S/U Kelab Guru..agak sibuk jg dengan aktiviti yang bermacam2 tahun ni..
 Tak nak cite panjang lagi,jom layan gambar2 yg dh diedit ni yer..
Aktiviti sepanjang thun ni,,.



Annual hi-tea @19/11/2014..aku kena jd MC lg..huhu..

Ragam kawan2 yang pelbagai..hehe

Ini kem ibadah budak tahun 6. lupa dah tempatnya kat mana. 


Masa mjlis persaraan Ust.Baniah & Pn.Lailan (Pendidikan Khas) @21/11/2104

Hari MAKA (Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik)
@20/11/2014 sebelah petang
(Aku AJK makanan VVIP)


Lagi Majlis persaraan kat atas td..send off by vespa..
Selamat Bersara....


Ni masa hari sukaneka..tak ingat dh bulan berapa..
meriahlah jugak..

k..stop sini dulu..nanti update lg pasal SK Tambun..

18 November 2014

Permata Hatiku

Alhamdulillah..dah sampai penghujung tahun..pejam celik dah dekat setahun di tempat baru,
Kerja bnyak la ujung tahun ni, Boring menghadap assigment ni,masuk blog kejap. Lame tak update pasal anak2..



Naufal,dah tahun 1. macam2 ragam sejak sekolah ni,, ibu dah stat anta tuisyen khas untuk Naufal. moga ada perubahan dan jadi lebih disiplin dan matang,,


Nizar, 4 tahun. ibu hantar d Taska UK Permai, dari pagi sampai petang. kadang2 ambik awal lepas abis sekolah. banyak ragam jgk,terutama time waktu pagi nak bgun p sekolah.. Suka mintak beli mainan..huh..mcm2 je mintaknya,,Ayah la rajin layan..


Anak comel ibu Husna..Alhamdulillah tak banyak ragam,dah 2 tahun sekarang,masih nyusu lagi main2, dh pandai ckap wlpun pelat..Suka melaram.hehe

Ok,,smpai sini dl..release tension kejap dr buat assigment sem 9..tak sabarnya nk abis belajar setahun lagi,insya Allah,..




22 August 2014

Malaysia Berkabung MH17




22/8/2014..
Malaysia berkabung untuk MH17..
semua lapisan masyarakat merasai kesedihan yang dihadapi oleh keluarga mangsa MH17

Semoga semua roh mereka dicucuri  rahmat olehmu,,

Al-Fatihah...

17 August 2014

Salam Aidilfitri 2014


Alhamdulillah tahun ni dan seterusnya dapat beraya sakan di kampung halaman, selepas hampir setahun meninggalkan bumi Sibu,Sarawak. Tahun ni raye kat Ipoh je,takpelah sebab tahun ni dah 3 kali balik Terengganu.

Tahun ni tema merah.sebenarnya tak rancang dari awal pun. tapi sebab nak cari baju anak2 punya pasal sedondon, termasuklah dalam kedai Gene Martino kat Bercham ni. Lawa plak tengok baju dia, dah tema "Keluarga Sedondon Keluarga Bahagia".. last2 terbeli satu famly,,hah,puas hati..

Selamat Hari Raya buat semua. maaf dipohon andai ada salah silap.