28 February 2011

MC!




Hari ini,aku x pegi sekolah... tekak loya+mual..tak tau la nape...dari malam tadi lepas makan mee goreng rumah kak Ummu,,,kenyang sangat ker....tak tau la...

Pagi tadi,bangun tdo,sambil siap2 sarapan Naufal,terus muntah...badan terus lembik... so tak pegi sekolah...lagipun Nizar badan panas jugak... Ari ni Naufal dengan Ayah je gi sekolah....

Kul 11.30 en suami balik rumah,ambil aku n Nizar nak p klinik...sebelum tu,pegi ambik Naufal kat Tadika Didik Ria...HMMMMM....tdo rupanyer anakku ni kat sekolah...huhu...Naufal...Naufal.....

Pegi time t/hari...klinik semua rehat..so kami pulg rumah dulu...

Nizar n ayah tdo,aku kemas2 rumah...cuti 2hari pun bukan sempat nk mop lantai... lepas Asar baru kami p klinik...

Klinik Yek masih buka..so kami trus masuk...ramai jgk la pesakit,lame jgk mnunggu...

Bila turn aku,pmbantu doc tu ambil tekanan darah n tnya last period..aku jwb la 24/4/2010..
tkejut dia...dia kira la ngn jari die..trus aku jawab, 'dah 10 bulan saya tak period"...
saya full breastfeeding,sbb tu period tak teratur...

Bila masuk jmpe doc,die tanye,awak pregnant ke? aku jwab,tak tahu..die pun suruh wat pregnant test ..

Bile dah test.......




-ve.........

huh..lega jgk sbenarnye...sbb rase blum bsedia nk pregnnt lagi..biarlah Nizar cukup mnyusu 2tahun...

Terbang si kertas RM35....huhu

27 February 2011

Milk Booster


Pagi Ahad ni....sambil2 mengemas dapur,aku ttgok bekas yang ade longan kering n kurma cina yang aku beli tahun lepas..tapi masih ok lagi...

Ramai mommies yg berpendapat bahawa dgn minum air longan ni,mampu manambahkan susu ibu...di samping bykkan minum air...

Air longan ni, Kebanyakkan orang serasi dengan air longan ni. Ada yang minum sikit je, dah boleh boost milk. Semua cakap, bila minum je, B diorg akan cepat bengkak. And ada yang minum terover dos terus jadi bengkak giler2… Longan kering ni biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Saya biasanya rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dalam periuk. Kalau terpekat, tambah air. :) Air and buahnya sedapppp

Rebus dalam periuk bersama air dan gula..ikut selera masing2 yer...


Inilah hasilnyer bila dah siap...boleh simpan dalam peti kalau tak abis...



Mommies2 cubalah yer...tapi ini bergantung pada badan masing2..ada yang tak rase ape2... tapi tak per,yang penting,air ni berkhasiat kan?...

Gambar: Ihasan dari en.Google


25 February 2011

Check list untuk ibu yang mahu berjaya dalam penyusuan



Alhamdulillah,hari Isnin lepas,aku terima sparepart pum yang baru..Syukur...semoga dengan adenya pam ni,dapat meningkatkan lagi semangat untuk memberikan yang terbaik untuk ankkku,MUHAMMAD NIZAR... tadi aku jenguk2 blog KAk N yang selalu ku beli supplement Shaklee,terjumpelah tajuk ni...Aku kongsikan di sini ye...Untuk mommies2 yang nak berjaya dalam menyusukan anak masing2....

Benarlah kata orang...untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik.

Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.

Apa kaitan solat atau doa dengan penyusuan? Sangat penting kerana solat atau doa itulah yang menghubungkan makhluk dengan pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dengan penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita , kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yang kuat adalah hasil hubungan kita dengan pencipta. Susu yang keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua. Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur....janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan.
Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.

2. Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.
Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt



3. Kekerapan penyusuan.

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak
tidak akan berlaku.


4. Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu...penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.



Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak.

23 February 2011

Kenangan dolu2....



Lame tak bukak fotopage en Suami..tiba2 mlm ni die buka..tgok gambar lame,,,tak la lame sgt... gambar masa lepas kawin dulu...masa ni pegi honeymun kat Sabah...rindunyer saat2 macam ni... Ni jer gambar yang ade... gambar2 lain banyak dalam laptop yang kena curi tu,,,huhu,,,,


I LOVE U ABANG.......

14 February 2011

Maulidur Rasul 1432 H


Esok seluruh Umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A,W...Semoga kita mengambil iktibar dan sentiasa mengamalkan segala sunnah dan ajaran baginda....




Perarakan bukan sekadar untuk mempamerkan sepanduk masing2,tapi niat kita untuk memperingati Nabi Muhammad S,A,W dan berselawat ke atas baginda....


Sama2 kita renungkan....



Hanya Yang Terbaik...


Tengah belek2 gambar dalam Kump Ibu2 Menyusukan(FB),ttengok kad ni..terharu je baca...
Jom mommies2 di luar, susukan anak anda dengan susu ibu,,,Itulah yang terbaik,,,,,



06 February 2011

Muhammad Nizar 1 Tahun!

Inilah hasil kerja tanganku sempena besday Nizar semalam....5/2..sekejap jer dah setahun...






Topping tu pakai whipping cream jer...tapi cedap...





Ibu suap Nizar makan...yum yum...




Abang Naufal pun sibuk jgk...hehe...


Semoga Muhammad Nizar sentiasa dilindungi Allah,diberi kesihatan yang baik,jadi anak yang soleh yer sayang..sekarang Nizar suka dengan lagu patriotik, lagu Bunga Raya...hihi.


04 February 2011

Surprise!


Alhamdulillah,hari ni aku dikejutkan dengan satu bungkusan pos laju dari pihakKarangkraf... Suspen jugak..sebab kat depan sampul name en.suamiku..hehe...aku tnggu suami balik,nak buka same2 dgn die...





Ini die name penerimanya...saspen kan? ape agaknya dalam sampul ni ek?hehe..tunggu.....



Surat TAHNIAH dari pihak Karangkraf...suamiku ade sertai pertandingan menulis kata2 ucapan terima kasih buat isteri..hehe..nampaknya terpilih jugak w/pun saguhati shj...hihi...

Ini hadiahnya! TARA,.....


?

?

?

?

?

?

?

HAHAHA...





Cute je kan? beg buatan tangan...boleh la pakai2 bwk brg2 naufal n nizar... Alhamdulillah...

01 February 2011

Pum oh pum...

Alkisahnya,lepas rumah aku dipecah masuk ari tu,dengan pum aku sekali dibawak lari.. gila betul pencuri tu.. seminggu aku pum guna tangan jer..kaedah marmet plak...tapi penat jgk guna tangan..huhu...

Lepas tu aku order pum manual jenama SafetyPlus...harap2 ok la... functionnye same jer mcm pum aku yang dulu..tapi murah sket la sbb aku beli set dgn beg skali dlm RM160 jer.. berbanding pum yang dulu,RM199,pum sahaja,,,

Nak jadi cerita,pakai 2hari jer,besi yang tmpat tekan tu PATAH...malangnyer nasibku...huhu...

Skarang ni aku xda idea dah,,,nak beli baru lagi ker? atau pakai tangan jer ke? Aku ade SATU tahun lagi nak susukan NIzar...berjaya ke tidak xtau la.. stok susu pun dah makin menyusut...HUHUHUHU...





Ini la pum nyer..yang patah tu bahagian besi tempat tekan..sekarang ni aku tgh tggu supplier die antar yang baru..hrp2 dapat la...


Ini satu set aku beli,,,