20 March 2011

Resepi Donut


Pagi Ahad ni,aku nak mencuba buat donut..dulu2 pernah buat tapi xbrp gebu..ni aku ambil dari blog Cik Lebah..hehe..empunya Farin CupCakes., Memang sedap! Gambar2 dalam ni semua Cik Lebah punyer..Aku xde kamera nak snap gambar..tak apelah,tgok2 n try la yer...


Bahan2 nyer...


500gram tepung high protein (*aku guna tepung baker choice)
200ml air suam-suam kuku
1 paker yis segera - 11gram (jenama mauripan @ apa2 brand)
50gram marjerin
1 sudu makan (penuh) shortening - lemak sayur
2 sudu makan (penuh) gula pasir
2 sudu makan susu pekat
1biji telur
1/2 sudu teh garam halus


gula halus @ toping kegemaran anda


Cara-cara :


1 - dlm bekas yg agak besar, tuangkan air suam. masukan yis segera, gula pasir, susu, shortening & marjerin.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.


2 - Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.


3 - Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).


4 - Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.


5 - Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
6 - Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
7 - Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)


8 - Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
hasil doh yg aku perap selama 10minit..mmg gebu naiknye..
yang ni aku goreng kejap je..utk buat frozen. esoknye goreng still lembut & gebussss...
hasil donut kuuuu....sedappppp!!!

Disebabkan aku guna acuan donut yang kecik,memang banyak la dapat...jenuh gak nak perabihkan adunan tadi...Alhamdulillah,siap jgak..dapat buat stok dalam frozen lagi...
Cuba jangan tak cube yer...

No comments:

Post a Comment