20 October 2010

Demam!


Sedihnye cite aku kali ni...tbe2 plak tkena mslah bengkak B. ya Allah teruk betul,xpenah lg jadi mcm ni... tpaksa la aku ambik MC ari ni...

malas btul nak pk esok nak p BTN... nak tggal anak,suami,rumahtangga... huhu... aku blum bkemas lg stakat ni.....

petang ni nak g klinik,amik MC, then antar anak2 kt rumah BS diorg,pastu baru aku nak bkemas.. Flight aku esok kul 11 a.m...

Ya Allah,pemudahkan segala urusan aku... kuatkan semangatku....

15 October 2010

Esok Ujian PTK!.....


Hari berlalu cepat betul..hari ni dah Jumaat..skjap je blalu 1week... esok aku n en.suami nak duduki ujian PTK...

Tahu kan ujian Ptk ni... kali ni xtau knape aku malas sgt nak study... biar la...aku tak da mood la tahun ni nak bace buku die... duk teringat ke BTN je ni...

Ya Allah...

Tak tahu la perasaan skrg ni...rasa tak tgamak nak tinggal anak2 slama 6hari ni... Hari Khamis ni dah nak pegi...huhu..sedihnya...ingat kat anak...

10 October 2010

Renungan buat para isteri

ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...

  1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh.
  2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w."Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
  3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".
  4. Jahat lidah/mulu pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".
  5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.
  6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."
  7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.
  8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
  9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.

Sama2lah kita renung dan menghayati serta mengamalkannya...kadang2 kita tak perasaan segala perbuatan kita pada suami ada kalanya menyebabkan diri kita terjerumus ke arah dosa..Nauzubillah....






09 October 2010

Tips Tambah susu badan...

Hari minggu ni saya nak kongsi tips bagi ibu2 yg menyusukan anak untuk menambahkan air susu...saya dapat tips ni drpd bengkungmoden.com



Indahnya menyusukan anak.....


7 Tips Untuk Menambah dan Maintain Susu Ibu

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, susu ibu adalah yang terbaik untuk diberikan
pada bayi terutama bagi 6 bulan pertama selepas bayi dilahirkan.
Namun begitu, seringkali masalah pengeluaran susu ibu yang makin berkurangan terjadi
terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa. Jika situasi ini terjadi kepada anda,
pasti anda merasa risau dan tertekan. Apatah lagi jika anda mempunyai target penyusuan
seperti ingin menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan, 1 tahun, atau
2 tahun.

Berikut adalah antara beberapa tips yang telah saya lakukan bagi memastikan
pengeluaran susu sentiasa maintain dan langkah-langkah pencegahan jika merasakan
pengeluaran susu mula berkurangan :


1. Beli pam susu yang berkualiti
Jika ini adalah kandungan pertama anda, sebaiknya persediaan dilakukan dari
awal dan tidak hanya tertumpu kepada kelengkapan bayi sahaja. Tetapi anda juga
sepatutnya mula mendapatkan informasi bagi memastikan anda membeli pam
susu yang baik dan berkualiti. Dari segi kewangan pula, asingkan sedikit bajet
anda setiap bulan (anda boleh mulai seawal kandungan anda berusia 2 bulan –
contohnya RM200 sebulan) untuk digunakan bagi membeli pam susu kerana
kebanyakan pam yang bagus dari segi kualitinya berharga agak mahal. Antaranya
ialah Medela double electric dan Spectra.


2. Pam atau perah susu dari awal
Jika anda baca dikebanyakan artikel berkaitan penyusuan, ramai yang
mencadangkan agar anda mula pam susu 2 minggu sebelum kembali bekerja.
Tetapi bagi saya, sebaiknya anda mulakan dari seawal minggu pertama selepas
bersalin. Pada awalnya, sememangnya susu anda tiada kerana pada waktu itu
badan mengeluarkan kolostrum. Jangan give up walaupun tiada susu. Cuba picit
puting susu anda. Jika ada cecair putih yang keluar, itu bermakna sememangnya
badan anda mengeluarkan susu kerana cecair putih itu adalah kolostrum. Apabila
bayi lapar, susukan bayi seperti biasa dan selepas itu tambah masa penyusuan
dengan cara mengepam susu selama 10 ke 15 minit. Dengan cara ini badan akan
menerima isyarat untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Selain dari itu, ini juga
akan membantu badan anda menyesuaikan diri dengan pam susu anda.
Kebiasaanya susu akan mula banyak pada hari ke 7 hingga hari ke 10 selepas
bersalin. Jika anda mula mengalami bengkak susu, sebaiknya anda mula pam susu
anda dan simpan sebagai stok. Letakkan target contohnya stok anda setiap hari
ialah 4 aun. Dengan cara menyimpan stok susu dari awal, ini akan mengurangkan
stress anda dikemudian hari. Susu yang telah dipam juga boleh dimasukkan
kedalam botol dan diberikan kepada bayi anda sebagai latihan agar bayi boleh
minum dari botol apabila anda telah kembali bekerja.
Oh ya, dari segi peti ais pula, sebaiknya susu disimpan didalam peti ais yang
mempunyai 2 pintu. Jadi stok susu anda akan tahan lebih lama iaitu selama 3 ke 4
bulan berbanding peti ais satu pintu kerana stok susu anda hanya boleh disimpan
dan tahan selama 2 minggu sahaja.


3. Minum air yang banyak
Masalah penyusuan biasanya terjadi kepada mereka yang mengamalkan pantang
yang ketat termasuk tidak boleh minum air yang banyak sewaktu didalam pantang
bersalin. Sebaiknya minumlah air suam swaktu didalam pantang kerana anda pasti
kana berasa dahaga setiap kali menyusukan bayi. Air masak atau air suam
sebaiknya diletakkan ditepi katil atau dibilik tidur anda atau ditempat yang mudah
untuk anda ambil pada bila-bila masa.
Selain dari itu, anda juga digalakkan untuk mengambil minuman seperti milo,
horlicks dan susu. Elakkan dari mengambil minuman berkafen seperti kopi dan
Nescafe dan minuman bergas.


4. Makan makanan berkhasiat dan yang boleh menambah susu
Antara makanan yang boleh menambah susu yang boleh ambil didalam tempoh
berpantang ialah :
- Kurma
- Kismis
- Sawi
- Habbatus sauda
- Ulam-ulaman sepeti pegaga
- Sup – sup ayam (buang kulitnya – ambil dan masak isi sahaja) dan sup
ikan. Tambahkan biji halba didalam sup anda
Copyright © reserved mamamodern.com
Tidak dibenarkan meniru dan mengedarkan risalah ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak
mamamodern.com
- Nasi yang anda masak juga boleh ditambah biji halba. Halba diketahui
boleh membantu menambah susu ibu
- Susu dan yogurt – Jika susu disimpan didalam peti ais, hilangkan dulu
sejuknya dengan cara merendam cawan yang telah diidi dengan susu
didalam air panas sebelum diminum
- Quacker oat dan nestum
Bagi yang telah habis tempoh berpantang, selain dari mengambil makanan diatas
anda juga boleh mengambil makanan / minuman berikut bagi membantu
menambah susu ibu :
o air longan (panas atau sejuk)
o air barli
o Nasi dagang
o Bayam
o Kangkung
o Sup tulang, sup ayam, sup daging dan sup ikan
o Buah-buahan
Tips tambahan :
Ambil satu sudu kecil halba, rebus dalam sedikit air. Kemudian air rebusan
dicampurkan kedalam milo dan diminum. Dengan cara ini anda tidak akan
merasa pahit halba dan pada waktu yang sama mengambil minuman tambahan
yang membantu menambah susu anda.
Milkmaid tea and pil ASI juga dikatakan boleh membantu menambah susu
ibu. Selain dari itu, jika bayi anda sudah berumur 2 bulan keatas, anda boleh
mencuba minum air rebusan halia bara kerana ia juga membantu menambah
susu ibu.
Bawalah botol air kemana saja anda pergi bila keluar dari rumah. Bila terasa
dahaga saja, minum air. Selain dari bagus untuk kesihatan ia juga bagus untuk
menjaga pengeluaran susu ibu.


5. Ambil Supplement tambahan
Sebaiknya ambillah vitamin tambahan seperti B kompleks, vit C, fish oil, dan
calcium magnesium. Selain dari membantu anda mengeluarkan susu yang
berkualiti ia juga dapat membantu anda agar tidak kekurangan zat kerana ia telah
diserap dari badan anda dan disalurkan kepada susu badan anda. Vitamin B
kompleks pula membantu mengekalkan tenaga anda.
(saya amalkan supplement dari shaklee)


6. Pam susu pada waktu yang ditetapkan
Bagi ibu yang telah kembali bekerja, sebaiknya anda tetapkan jadual pam susu
anda. Biasanya masa untuk pam susu ialah 2 ke 3 kali sehari. Jika anda tetapkan
jam 10 pagi dan 2 petang, pastikan anda pam susu pada waktu ini dan jika lewat,
pastikan dalam 30 minit sahaja. Ini untuk memudahkan anda mengekalkan let
down. Jika anda skip, pasti badan anda menjadi keliru dan sukar untuk memberi
isyarat untuk masa mengeluarkan susu.


7. Simpan stok yang banyak sebagai back up
Jika stok susu anda banyak, pasti anda kurang merasa stress jika pengeluaran susu
anda kurang pada hari itu kerana anda ada stok susu dirumah yang boleh
dijadikan back up. Back up dan stok susu sememangnya amat penting bagi ibuibu
yang menyusukan bayi sepenuhnya kerana ia dikira sebagai penyelamat
sehingga pengeluaran susu anda kembali mencapai target anda seiring dengan
jumlah susu yang diminum oleh bayi sewaktu anda keluar bekerja.


Tips Tambahan
Jika anda merasakan susu mula kurang :
1. Tambah masa pam susu sewaktu bekerja. Jika sebelum ini anda pam 2 kali
sehari, tambahkan kepada 4 kali. Contohnya pam setiap 2 jam sekali.
2. Apabila dirumah dan dihujung minggu, pam susu selama 15 ke 20 minit setiap
kali selepas menyusukan bayi. Dengan ini badan anda akan menerima isyarat
lebih banyak susu perlu dikeluarkan.
3. Jika perlu, ambil cuti selama 2 ke 3 hari. Gunakan masa cuti ini untuk
menyusukan bayi sepenuhnya dan pam susu setiap kali selepas menyusukan
bayi
4. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya
5. Tenagkan diri dan jangan stress. Jika anda stress, lagi mudah untuk
pengeluaran susu terjejas

Cubalah amalkan tips2 yg saye kongsikan ini..InsyaAllah,berkat kesungguhan ibu2 semua,kita sama2 dapat menjayakan misi penyususan kita selama 2tahun dengan jayanya,,,dengan izin yang Maha Esa....