30 April 2011

Kursus Tahsin Al-Quran


Nama Kursu : Kursus Tahsin Al- Quran
Tempat : Hotel Zuhra, Sibu
Tarikh : 29-4-11 dan 1-5-2011
Penceramah : Ustaz Yahaya Bin Daud(Pengarah Yayasan Islam, Kelantan)
 
Yuran Pendaftaran : Rm 30.00 untuk seorang peserta




Alhamdulillah,saya berpeluang ,mengikuti Kursus Tahsin Al-Quran hari ni..esok lagi satu hari..dapat jugak menambah ilmu dalam bidang Taranum ni..yelah dulu pun belajar yang asas jer..
Sekurang-kurangnya dapat menambah kekurangan diri dan tambah kenalan baru...

 Fasilitator dan orang kuat Persatuan Qurra' Ustaz Nasir Musel.


 Ustaz Yahaya yang datang dari jauh,Kelantan untuk mencurahkan ilmunya..
Beliau merupakan Johan Qari Antarabangsa 1999..



Mengantuk ke tu?hehe

 Sebelum majlis penutup..ambik peluang bergambar dengan Ustaz Yahaya


 Bersama rakan2 baru..hehe


 Gambar dari jarak sederhana...:)


Dekat lagi...model tudung ker..hihi

24 April 2011

4 Hari Cuti

Salam semua...

Hari ni dah hari ke-3 cuti bermula dari Jumaaat (Good Friday) 22-25 April..Isnin (Cuti Peristiwa)

Huh...best jugak,tapi aku rasa cuti ni macam same jugak...hari berlalu sekejap jer..sekarang ni hujan lebat..
Naufal duk main sorang2,Nizar ngan ayah dia seronok dibuai mimpi indah..huhu..ibu la yang susah nak merasa nikmat tido di siang hari..

Malam tadi buat tempahan coklat,ada la skit... tak sempat siap,Nizar nangis nak tido..sambil tdokan dia,dengan aku sekali ttido sampai pagi..huhu...

So pagi ni bangun n sambung buat coklat...

Tengahari tadi baru siap..yelah sambil buat,sambil melayan anak2,sambil masak...lalalala...

Ok la,nak packing coklat yang dh siap..esok nak pos ke Kelantan(order dari Hafzan)..


Gambar sekadar hiasan...nak tengok banyak lagi coklat,meh sini...hihi


22 April 2011

Giveaway SSC



Suka-suka nak join SSC Giveaway.Mana tahu kot2 ada rezki,dapat hadiah..heheh...
Kawan2 yang lain kalau nak join silalah...

Lampin baru lagi

Eh,tibe2 je gambar Naufal yang keluar..sebenarnya ibu snap gambar ni sebab Naufal pakai CD baru..comel kan?



Sebenarnya saya beli lampin untuk kawan.dia mintak tolong belikan..yang macam ni murah jer. boleh pakai dari saiz S-L.

Comel2 semuanya...anda tak nak cuba CD kan anak2 anda? Yang penting poket ibu ayah jimat tak perlu beli pampers lagi tiap2 bulan..hehe


Harganya RM25 sekeping sahaja...

17 April 2011

Aktiviti kesukaan anakku

Inilah aktiviti anak2 ku setiap hari.Kalau Naufal tu,satu hari tak sah kalau tak main dalam bilik air..Gambar ni diambik semalam... dua beradik sekali main dalam bilik air...hmmm....terpaksa la duk melayan diorang ni... takut jugak kalau tinggal kan..bahaya...



 Nizar ni pun dah ikut abang dia..suka main air...



Hero main air..sayalah!


Semalam hari orang Sarawak mengundi..tapi kami duk dalam rumah jer..hehe...

14 April 2011

Selamatkan botol susu anak kita?

botol plastikBisphenol A(BPA) dan digabungkan dengan bahan kimia lain air minuman ringandigunakan didalam pembuatan plastik dan resin. Sebagai contoh BPA digunakan didalam pembuatan plastik Polycarbonate, sifat-sifatnya yang lutsinar, dan mudah dibentuk. Polycarbonate juga digunakan didalam pembuatan bekas makanan, lapisan anti karat tin minuman ringan, botol susu kanak-kanak, pinggan mangkuk, cawan dan bekas simpanan.Larutan BPA yang mudah larut pada suhu panas amat membahayakan kesihatan jika terminum bahan tercemar ini. Antara kesan negatif BPA walaupun pada dos yang rendah:
  • Merosakkan fungsi imunisasi
  • Akhil baligh sebelum masanya
  • Obesiti
  • Hiperaktif
  • Kanser
botol susu bayiSeingat aku dulu botol susu aku diperbuat dari kaca dan zaman sekarang mana nak cari botol susu dari kaca. Kebanyakkan botol plastik semua diperbuat dari polycarbonate dan pilih label 7 kerana ia mempunyai ketahanan suhu yang tinggi. Elakkan membeli yang labelnya 3 (PVC-polyvinyl chloride) dan 6 (PS-polystyrene) turut mengandungi toksin lain walaupun bebas BPA.

Tips memilih botol plastik polycarbonate dengan melihat label pada bawah botol

Botol air PC label 7
Botol air plastik polycarbonate label 7

Jenis botol susu plastik polycarbonate dan bebas BPA

Botol susu label 7
Botol susu label 7
Botol susu bebas BPA
Botol susu bebas BPA
Botol susu bebas BPA biasanya berwarna agak kekuningan dan di label bebas BPA.


Aku mengalu-alukan pengharaman penjualan botol susu polikarbonat dipasaran Malaysia adalah sesuatu usaha yang dipuji kerana ia telah dilakukan peringkat nasional. Kalau hendak mengharapkan kempen kesedaran memilih botol susu bebas Bisphenol A mungkin tidak berkesan atau mesej tidak tercapai, lihat sahaja kempen anti merokok masih gagal memberi kesedaran dengan cara menasihat dan penekanan kesan bahayanya akibat kesan merokok gagal memberi impak.


Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
Contoh botol air polikarbonat PC 7
Botol air polikarbonat PC 7
Contoh botol susu polikarbonat PC 7
Botol susu polikarbonat PC 7
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Sistem kod identifikasi plastik


p/s: turut perlu diberikan perhatian untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas makanan polistren dan sebagainya.


Jadi buat ibu bapa di luar sana,fikir,renung dan buatlah pilihan yang bijak untuk keselamatan anak2 kita...

Credit to akubiomed.com

10 April 2011

My Period coming back!



Kenapa tajuk ini? Sebenarnya selepas melahirkan Muhammad Nizar pada 5/2010 tahun lepas, saya hanya datang period sekali sahaja iaitu pada 27/4/2010.Selepas memang tak ada datang period saya sehingga hari ini. Sebenarnya lega jugak bila dah datang P ni..Tapi risau jugak,lepas ni kena jaga2 la...hehe...


Antara sebab2 haid tidak teratur...di sini ku kongsikan yang ku dapat dari Mr Google...


Pusingan haid yang teratur sangat penting bagi setiap wanita. Kedatangannya adalah satu lambing kewanitaan dan kesuburan. Apabila pusingannya terganggu, beberapa masalah mungkin timbul dan menggangu ciri kewanitaan.

Gangguan ini boleh menjadi insiden yang menggembirakan khususnya bagi wanita yang sudah berumahtangga dan sedang berusaha mendapatkan anak. Bagi mereka yang tidak bercadang dan tidak mahu hamil pula, gangguan haid itu amatlan mencemaskan.

Tegasnya, tidak datang haid adalah tanda awal kehamilan. Walaupun demikian, ia mungkin juga satu petanda bagi beberapa jenis penyakit lain khususnya penyakit kanser pada anggota peranakan.

Wanita yang menyusukan anak atau sedang menghampiri waktu putus haid mungkin juga mengalami gangguan haid ini. Kedatangannya juga boleh dihentikan dengan sengaja untuk tujuan tertentu seperti mengerjakan ibadat haji atau umrah ataupun untuk tujuan rawatan sesuatu jenis penyakit.

Tanda Kehamilan

Kehamilan adalah punca utama kelambatan atau tidak datang haid bagi wanita berkahwin yang tidak mengamalkan sebarang kaedah mencegah hamil. Seelok-eloknya, berita ini disambut dengan rasa gembira khususnya bagi mereka yang sedang berusaha kuat untuk mendapatkan cahaya mata.

Berita seperti ini memang dinanti-nantikan oleh pasangan yang kurang subur atau mandul dan yang sedang menjalani rawatan untuk meningkatkan kesuburan mereka. Alangkah hampanya jika pada hujung bulan darah haidnya turun semula.

Tidak semua gangguan haid ini menandakan kehamilan kerana ada kalanya wanita yang terlalu ingin dan ghairah untuk hamil tertipu dengan kelambatan haid walaupun sebenarnya dia tidak hamil.

Ini adalah disebabkan oleh pengaruh psikologi atau kejiwaan kerana wanita itu terlalu sangat berkehendakkan kehamilan.

Keadaan itu mempunyai pengaruh pada sistem kawalan hormonnya sehingga haid yang sepatutnya datang pada bulan tersebut terhenti dengan sendiri.Kelambatan ini tidak menandakan kehamilan. Ia hanyalah menandakan satu gangguan dalam kawalan hormon yang berpunca daripada pengaruh jiwa.

Oleh yang demikian, apabila haid terlewat dalam masa dua minggu, dia perlulah menjalani ujian kehamilan seperti ujian air kencing ataupun ujian ultrasound. Tujuannya ialah untuk memastikan apakah kelambatan itu benar-benar berpunca daripada kehamilan, sebelum dia dapat berasa gembira dan yakin dengan kelewatan itu.

Wanita yang belum bersedia untuk hamil pula, sebaik-baiknya janganlah mengambil tindakan melulu untuk memaksa haid keluar apabila terlambat beberapa hari. Saya kerap kali menemui wanita yang datang ke klinik untuk mendapatkan nasihat setelah mereka memakan pucuk betik, putik nanas, jamu, ubat singse atau ubat moden dengan harapan usaha ini boleh memaksa haid turun semula setelah beberapa hari terlambat.

Ramai wanita salah faham dengan memikirkan jika haid terlambat boleh dipaksa keluar dengan mendapatkan suntikan doktor. Sebenarnya, jika kehamilan berlaku, segala usaha sama ada secara tradisi ataupun perubatan moden tidak akan berjaya memaksa haid keluar, malah usaha itu boleh menimbulkan bahaya besar terhadap kandungan jika kehamilan kekal.

Ada kemungkinan kandungan boleh menjadi cacat; cacat anggota, pancaindera atau kecerdasan otak. Usaha dan perubatan seperti ini patutlah dijauhi sama sekali.

Tanda Penyakit

Secara purata, seorang gadis mula datang haid dalam lingkungan umur 12 hingga 13 tahun. Ada juga yang mengalami masalah haid lambat datang. Satu pertanyaan yang selalu dikemukan, sehingga umur berapakah, perkara ini boleh dibiarkan dan bila nasihat dan pemeriksaan doktor diperlukan?

Menurut pandangan saya, seorang gadis yang berumur 18 tahun dan belum lagi datang haid perlu mendapat pemeriksaan dan ujian yang sewajarnya untuk menentukan punca masalah ini.

Mungkin ini perkara biasa yang digelar delayed menarche iaitu kelewatan datang haid yang normal. Apa yang membimbangkan kita, munkin hal ini satu tanda penyakit seperti ketumbuhan dalam otak, khususnya di kilang pituitari yang mengawal edaran hormon.

Hormon inilah yang bertanggungjawab terhadap pusingan haid. Mungkin juga kelewatan itu berpunca daripada masalah pada kilang ovari ataupun rahim yang tidak tumbuh dengan sempurna.

Masalah itu hanya boleh dipastikan setelah gadis itu menjalani beberapa jenis pemeriksaan termasuklah ujian darah dan kadangkala ujian yang memerlukan satu pembedahan kecil seperti laparoskopi.

Saya pernah menemui beberapa kes seperti ini di klinik saya. Gadis yang terbabit mengalami masalah kilang ovari atau rahimnya tidak tumbuh.

Kadangkala keadaan ini boleh juga disebabkan oleh ketiadaan saluran faraj. Kilang ovari atau rahim yang tidak tumbuh dengan sempurna tidak dapat diberi rawatan dengan memuaskan. Walaupun mereka boleh berkahwin dan mengadakan hubungan kelamin, biasanya tidak boleh hamil. Tegasnya dia akan terus mandul.

Ada juga gadis yang lambat datang haid disebabkan oleh kehilangan deria bau. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sesuatu masalah yang timbul pada pusat bauan dalam otaknya dan seterusnya melibatkan atau mempengaruhi kawalan haid.

Selaput dara yang terus tertutup juga boleh menyebabkan seseorang gadis itu lambat datang haid kadang-kadang sehingga berusia 18 tahun. Gadis yang mengalami masalah ini, selalunya berasa sakit setiap kali datang haid dan ada kalanya pula dia terasa semacam ada satu ketumbuhan atau bonggol pada bahagian bawah perutnya.

Jika keadaan in berlarutan kemungkinan gadis berkenaan juga atau mengalami masalah tidak boleh buang air kecil kerana takungan darah dalam kemaluan telah menghimpit saluran perkencingan.

Gadis ini sebenarnya mengalami haid setiap bulan tetapi semua darah kotor berkumpul atau bertakung dalam saluran faraj oleh kerana selaput daranya tertutup. Doktor akan membuat satu pembedahan dan ini tidak memberi kesan buruk kepada kesuburan dan kejelitaannya. Hubungan kelamin juga tidak terjejas apabila dia berkahwin kelak.

Pusingan Haid Terganggu

Satu lagi masalah yang mungkin dialami oleh wanita ialah gangguan pada pusingan haidnya. Pusingan haid yang dulunya teratur, kini datang sekali dalam tiga bulan atau enam bulan atau mungkin tidak datang langsung selama setahun atau lebih.

Keadaan yang digelar secondary amenorrhea ini munkin disebabkan oleh kejadian tumpah darah ketika seseorang wanita itu bersalin atau ketika dia keguguran. Tumpah darah ini berlaku dengan amat banyaknya sehingga menimbulkan masalah kejutan atau shock dan ini boleh merosakkan kilang hormon pituitary. Akibatnya haid tidak berlaku dan ini boleh mengganggu kesuburan seseorang wanita.

Ketumbuhan Dalam Kilang Pituitari

Jika wanita tersebut tidak mengalami masalah tumpah darah, gangguan haid munkin disebabkan oleh ketumbuhan dalam kilang pituitary, khususnya ketumbuhan yang mengeluarkan sejenis hormon prolaktin. Biasanya, bagi wanita yang mengalami masalah seperti ini, buah dadanya akan mengeluarkan air susu. Air susu kadang-kadang keluar dengan sendirinya, dan dalam kebanyakan kes ia perlu dikeluarkan dengan memicit puting buah dadanya sama ada dilakukannya sendiri ataupun boleh doktor yang memeriksa.

Apabila diuji darahnya untuk menyukat hormon prolaktin, didapati hormon ini melambung tinggi. Dalam hal demikian, penting baginya menjalani pemeriksaan X-ray pada kilang pituitary dalam otaknya.

Sebahagian besar wanita yang saya rawati tidak mengalami sebarang ketumbuhan, hanya setakat kilang pituitarinya mengeluarkan hormon yang berlebihan menyebabkan haidnya tidak datang dan buah dadanya mengeluarkan susu.

Biasanya wanita ini mengalami masalah tidak subur atau mandul. Ketumbuhan di kilang ini juga boleh menekan urat saraf penglihatan menyebabkan daya penghilatannya terganggu. Wanita tersebut selalunya saya berikan ubat khusus iaitu ubatBromocryptin sehingga pusingan haidnya pulih semula atau sehingga dia hamil. Jika ada ketumbuhan pada kilang pituitary, ia menjadi kecut dan pulih sediakala.

Penyakit Pada Sistem Hormon

Ketiadaan haid juga boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit yang ada kaitan dengan system hormon. Antara masalah atau penyakit ini, melibatkan kilang tiriod di leher atau kilang adrenal yang terletak berdekatan dengan buah pinggang. Penyakit ini boleh menimbulkan masalah tidak datang haid.

Pil Pencegah Hamil

Wanita yang menggunakan pil pencegah hamil kadangkala mengalami masalah ini, tetapi bilangan mereka adalah tersangat kecil. Keadaan ini boleh dipulihkan apabila pengambilan pil kontraseptif dihentikan dan seterusnya wanita tersebut diberi rawatan ubat penyubur.

Terlalu Gemuk

Wanita terlalu gemuk juga mengalami masalah kelambatan atau ketiadaan haid. Kegemukan akan mengganggu pertimbangan hormon dan seterusnya mengganggu kawalan haid. Saya ingin menasihatkan wanita yang gemuk supaya mengurangkan berat badan dan bagi mereka yang belum menjadi gemuk pula, jagalah timbang berat supaya tidak mengalami masalah ini.

Masalah Kejiwaan

Wanita yang mengalami masalah kejiwaan seperti kesedihan, penyakit jiwa seperti psikosis atau wanita yang sedang dalam rawatan ubat tenang fikiran, boleh juga mengalami masalah kelambatan atau tidak datang haid.

Tekanan fizikal

Bukan sahaja tekanan mental boleh mengganggu kedatangan haid, malah tekanan fizikal seperti seseorang wanita yang bekerja kuat, berpindah tempat kerja, berpindah rumah atau terpaksa bertungkus lumus bekerja dengan menggunakan tenaga fizikalnya boleh mengalami masalah kelambatan atau tidak datang haid.

Rawatan Penyakit Kanser

Wanita yang menjalani rawatan secara pancaran radiation atau radioterapi oleh sebab penyakit kanser pangkal rahim, juga akan mengalami masalah tidak datang haid. Wanita ini mengalami apa yang digelar keadaan putus haid lebih awal ataupremature menopause.

Ini disebabkan oleh bahang radiation yang membunuh sel dan tisu pada kilang ovari selain daripada membunuh sel dan tisu kanser pada pangkal rahim.

Pembedahan Hysterectomy

Wanita yang telah menjalani pembedahan hysterectomy untuk membuang rahimnya, juga tidak akan mengalami keluaran haid. Dalam hal demikian, darah haid tidak terjadi langsung. Ini tidak membahayakan seperti anggapan kebanyakan wanita yang kononnya darah kotor bertakung dalam badan serta menimbulkan pelbagai jenis penyakit di kemudian hari.

Wanita Yang Menyusukan Anak

Penyusuan ibu juga boleh menyebabkan seseorang wanita tidak datang haid. Ini disebabkan oleh paras hormon prolaktin yang bertanggungjawab bagi pengeluaran susu meningkat dan seterusnya mengganggu kawalan hormon yang menjaga pusingan haid.

Tempoh waktu bagi wanita yang tidak datang haid oleh sebab penyusuan, bergantung kepada beberapa factor. Ada sesetengahnya langusng tidak datang haid selama dua tahun sepanjang masa dia menyusukan anaknya. Ada juga yang tidak datang haid tiga bulan sahaja, sesetengahnya datang haid tetapi tidak tentu masanya dan ada pula yang haidnya datang setiap bulan.

Akhir kata, setiap wanita yang mengalami satu kelainan dalam pusingan haidnya, patutlah segera mendapatkan nasihat serta pemeriksaan doktor pakar sebelum mengambil tindakan bersendirian. Jika wanita ini mengandung dan mengambil tindakan melulu, ini mungkin membahayakan kandungannya. Pemeriksaan juga penting untuk mengesan penyakit yang saya nyatakan tadi. Semoga panduan ini memberi manfaat kepada pembaca budiman.

CD baru!




Comel jer kan baby pakai CD?


Minggu lepas saya order 10keping CD lunatots..cantik2 semuanya...tapi bukan saya punyer...huhu..ni kawan saya,Zulaika yang nak untuk anak2 die..sebelum ni dia dah beli 10..memang jimat katanya,Lagipun anaknya dah 3orang...yang sulong masih pakai time nak tido..Yang no 2 dan 3 masih fully pakai lampin...so pakai CD ni jimat la sket..

Ibu2 kat luar yang masih belum pakaikan anak2 dengan Lampin moden,belum terlambat lagi yer..berikan yang terbaik untuk anak2 kita,dan yang penting untuk poket kita!

Kalau berminat,boleh tanya saya,,saya boleh ceritakan tentang CD ni..

Ini dia lunatots tempat saya beli CD ni...



Cantik kan CD ni?


Pelbagai warna yg menarik..

Majlis kesyukuran di rumah Maziah


Alhamdulillah..baru pulang dari rumah kawanku,Maziah.Dia ada buat kenduri makan2 selamat skit sempena Hari lahir anak sulungnya Anisa yang masuk 4 tahun..Kebetulan plak sama dengan Ustaz Nasir yang baru posting kat sek kami tahun ni..so sambut same2 la...



Kek yang comel..dari Ummis Cupcake..yang kat atas tu dadih dari rumahku...hihi..




Comel kan kek ni? berminat nak order?




Tak sabar dah Anisa nk potong kek..



Antara para tetamu yang hadir


Seronoknye ayah duk bersembang ngan kawan2...


Kak Ummu,pemilik Ummis Cupcake dan Kak Shahida


Kak Zeera dan Kak Dah..



Suasana majlis yang meriah..gmbar henset blurr...


Kak Hafilah dan anak2...



hehe..macam kenal jer....



Atikah,adik baru yang satu sekolah denganku...dia yang duk tolg masak2...


Gambar selingan..sebelum nk kuar rumah tadi,tgok kat luar rumah tergantung poster2 calon BN..Dr Annuar.....


Meriah la depan rumahku...




Kelas Kemahiran Al-Quran


Semalam saya menghadiri Majlis Pelancaran Kelas Kemahiran Al-Quran (Taranum & Tahfiz) Bahagian Sibu yang julung2 kalinya diadakan di Sibu ini.. Dirasmikan oleh Dr Annuar bin Haji Rapiee yang juga calon bertanding untuk pilihanraya Dun 49 Nangka (kalau tak silap saya) yang mewakili parti BN..

Program ni bertujuan untuk melahirkan lebih ramai murid2 di Sibu ini yang mendalami ilmu Taranum dan juga menjadi Tahfiz..

Saya juga bercita2 nak menjadikan anak2 saya sebagai Qari @ Tahfiz Al-Quran.Moga Allah mempermudahkan segalanya...

Saya juga ditugaskan menjadi guru dalam bidang Taranum..sebenarnya ilmu saya tidaklah banyak,saya pun dalam usaha belajar dengan lebih dalam lagi ilmu Taranum ni...

Semalam Ustaz Nasir ada mengumumkan bahawa akan diadakan kursu ilmu Taranum pada 30April-1 Mei ini ...InsyaAllah saya akan mengikutinya untuk menmbahkan lagi ilmu.... Yurannya cukup murah,RM3o sahaja,,, Sesiapa berminat,cepat2.... hanya 60 kekosongn sahaja,,


02 April 2011

Keletah anak2 ku



















Muhammad Nizar yang selalu senyum...sayang anak ibu!


















Naufal yang macam2 ragam,,,,
















Dua beradik bila dalam kereta....

















Adik dengan enjin kereta ayah...same la dengan ayah die...
















Basikal baru Naufal...

















Hahaha...adik main bedak...habis satu muka....



















Minum air...