17 March 2012

Study @ OUM

Alhamdulillah,tahun ini kami suami isteri diizinkan oleh Allah untuk menyambung pengajian kami utk ambik degree..huhu..sedih jgk orang lain semua dah degree kan..
Tapi tak pe,kami akan berusaha dan bersemangat!
W/pun dengan riuh pikuk di sek & di rumah!

Termeterai sudah perjanjian..Selamat Belajar!

Abang,pas ni kena lebih rajin2 lagi tolong syg yer..hehe

Dapat baucer buku..sorang RM200
2 orang RM400!
hehe..borang sakan la pasni...

Buku2 yang sempat dibeli,,br abis RM200..hehe

Semoga kami berdua dan kawan2 yang lain berjaya menghabiskan pengajian ini hingga berjaya,aminnn...

15 March 2012

Elken Spirulina

 

Alhamdulillah,untuk pregnant pada kali ke-3 ni saya nak cuba amalkan makan Spirulina Elken..
Tengok testimoni dalam internet semua cakap bagus jer..
Ada juga kawan saya yang amalkan makan ni dari anak pertama-ke3,anaknya tak kuning lepas dah lahir!
Itu yang menambahkan lagi semangat nak cuba makan Spirulina ni..

Penelitian dari Ikatan Dokter Toronto dan Harvard membuktikan pentingnyacalon ibu mendapatkan makanan seimbang: 
Ibu Yang Mendapat Gizi Seimbang
  • hanya 3% yang mengalami kesulitan bersalin
  • lebih sedikit pendarahan
  • kontraksi lebih kuat
  • tidak ada laporan bayi mati ketika lahir
  • 87% bayi dilahirkan dengan sehat
  • hanya 10% bayi dilahirkan dengan sakit ringan seperti sakit mata
  • produksi ASI lebih banyak
  • pemulihan yang cepat
Ibu yang Mendapat Gizi tidak Sempurna
  • 24% mengalami kesulitan bersalin
  • lebih banyak pendarahan
  • lebih 3% kematian ketika lahir
  • 4x lebih berisiko prematur
  • 95% bayi fisiknya lemah
  • bayi lebih kecil
  • 8x lebih berisiko keguguran
  • 2x lebih berisiko anemia
  • 3x kemungkinan ibu berhenti menyusui hanya 6 minggu
  • pemulihan yang lebih lama
Kebenaran Menakjubkan – Elken Spirulina adalah makanan paling lengkap di dunia. Karena mengandung protein, berbagai vitamin dan mineral yang sangat lengkap. Lihat kandungan nutrisi pada Elken Spirulina di sini.
Mulai dari pembentukan janin, sepanjang kehamilan, kelahiran, dan sesudahnya, semua berjalan lancar dengan Elken Spirulina. Karena untuk mendapatkan kehamilan dan bayi yang sehat, calon ibu haruslah sehat. Langkah pertama untuk memperoleh kesehatan yang baik adalah dengan mengkonsumsi makanan bergizi dalam jumlah yang cukup. Tidak ada cara yang lebih mudah untuk mencapai kesehatan yang baik selain Elken Spirulina. Elken Spirulina akan:
  • Menambah kesuburan
  • Mengurangi komplikasi saat melahirkan
  • Mengurangi keluhan mual saat hamil muda
  • Mencegah keguguran
  • Mencegah kecacatan bayi
  • Mencegah kenaikan berat badan mendadak ketika hamil
  • Menambah kecerdasan anak
  • Membuat kulit Anda cantik
Konsumsi yang dianjurkan
Ibu Hamil 10-20 biji, 2-3 x sehari
Wanita lepas bersalin, 10-20 biji, 2-3 x sehari

Selamat Berpisah WFB 7328


Sedih rasa nak buat entry ni,,
Sebenarnya hari ni kami berpisah dengan salah satu ahli keluarga yang paling lama..
Kereta kesayangan suamiku...
Tapi disebabkan perkara2 yang munasabah,kami dengan rela hati menjual kereta ni..


Kereta yang seusia kami beli masa tahun Naufal lahir..2007
Dari warna silver dulu bertukar ke warna sekarang


Naufal yang macam nak nak bagi kereta ni kat owner baru..
Tarik2 lagi tangan ayah..
Kalau  la Naufal dah pandai sekarang,mesti dia tak bagi jual kereta ni...


Stop sampai sini dulu...
Semoga kita dapat jumpe lagi yer..
Huhuhu..

14 March 2012

Contoh Jadual Penggunaan Cloth Diapers Harian


Gambar sekadar hiasan.

Bagi ibu2 yang masih tertanya2 tentang jumlah CD yang akan digunakan setiap hari,di sini saya lampirkan contoh penggunaannya selama 1 hari.. tetapi ia bergantung kepada anak masing2 ya!

Credit to: D'rayyan Haus

Jadual penggunaan CD harian ni sekadar contoh berdasarkan pengalaman ibu bapa yang telah menggunakan CD. Ia bergantung kepada tahap kebasahan CD. Kalau anak anda kerap kencing dengan banyak, jadi CD dan insert perlulah ditukar dengan kerap untuk mengelakkan ruam.

  
MasaPenggunaan Cloth Diapers
6 pagi - 9 pagi1 CD dengan 1 insert
9 pagi - 12 tghari1 CD dengan 1 insert
12 tghari - 3 ptg1 CD dengan 1 insert
3 ptg - 6 ptg1 CD dengan 1 insert
6 ptg - 9 mlm1 CD dengan 1 insert
9 mlm - 12 mlm1 CD dengan 1 insert
12 mlm - 6 pagi1 CD dengan 2 insert
Jumlah Penggunaan Sehari7 pocket CD, 8 insert

Tips Agar Cloth Diapers Tahan Lama

 
Bagi yang telah menggunakan CD mesti anda tertanya2 adakah CD ini tahan lama? Dapat ke guna sampai anak ke 3-ke 5? hemmm...jadi saya nak kongsikan dengan ibu2 macam mana cara nak bagi CD ni kita dapat lama..tapi saya tak jamin yer sampai anak ke5! :)
So sama2 baca artikel ni yer.
Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?
LAKUKAN LAH YANG BERIKUT:
  1. Paling utama, beli lah Cloth Diapers yang berkualiti atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang ber-Cloth Diaper untuk mendapatkan tips).
  2. Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan?
  3. Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
  4. Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan meungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.
  5. Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  6. Jika anda ingin menggunakan Cloth Diapers untuk anak-anak yang seterusnya, belilah Cloth Diapers yang bersaiz (sized diapers) berbanding “One-Size”. Ini kerana Cloth Diapers bersaiz kurang kerap digunakan dan kualitinya akan tahan lebih lama jika disimpan. Bayangkan, Cloth Diapers “One-size” dipakaikan semenjak bayi baru lahir sehingga 2 tahun, betul kah ia boleh digunakan dengan sempurna untuk adiknya pula?
    1. Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.
    2. Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
    3. Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut.
    4. Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiberkerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
    5. Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.
    6. Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab”sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.
    Jemurlah Cloth Diapers di bawah matahari – jimat masa, elektrik dan juga sesuai untuk mengekalkan kualiti nya! [sumber]
    JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!
    1. Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
    2. Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.
    3. Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
    4. Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
    5. Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyababkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).
Cloth Diapers itu suatu pelaburan (investment), bukan? Setelah menelaah, melakukan kaji selidik, dan melakukan proses pembelian, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari wang yang kita laburkan pada Cloth Diapers, betul tak?
Namun begitu, kita juga perlu realistik dan tidak boleh beranggapan bahawa Cloth Diapers yang kita beli itu boleh tahan sampai beberapa tahun… Saya berharap tips yang saya utarakan ini boleh dijadikan rujukan untuk anda untuk ber-Cloth Diaper dengan bijak dan pintar! :)

Cara-cara Menggunakan CD

Koleksi CD terbaru!
Bagi yang pertama kali jumpe benda ni mesti tak nampak bayangan macam mana nak guna kan!
So di sini saya tunjukkan step by step cara nak guna CD ini untuk si manja anda!

Credit to: BizMom

Langkah Pertama


  • Kiri ni kite panggil CD pant/lampin, kanan plak insert.
  • Lampin ni jenis poket, lapisan dalam (putih) dibuat dr micro fleece.
  • Sangat lembut (ku suka) & montot baby xrase basah pun, w/pun insert dah basah Lapisan luar (warna warni) di buat dari PUL (Polyurethane Laminate), Waterproof.
  • Tak tembus punyeerr!Insert ni tiada gel dlm nye yer kalian.
  • Hanya lapisan2 sebyk 2 or 3 layer kain yg dipanggil Microfiber, yg bertugas untuk menyerap pee baby.
  • Daya serapan nye hampir sama ngan gel yg dlm Disposal Diaper (DD).


Ni ruper poket CD pants.Insert akan dimasukkan dlm poket ni.


Langkah 2

Masa nak masukkan insert, makesure insert dlm keadaan kembang/lebar begini

Langkah 3

Tolak insert sampai hujung CD, pegang ujung insert dlm CD tuh, pastu adjuz la insert supaya terletak elok dlm poket CD.Kalu insert ni letak xbetul dlm poket, kebocoran akan berlaku.

Langkah 4



Dah siap




Untuk saiz M, butangkan barisan butang ke-2 (dr bawah) ke barisan butang ke-3



Begini la tuk saiz M.


Untuk Saiz S, butangkan yg 1st dr bawah ke barisan butang ke-3.


Begini la untuk saiz s/newborn.

 
Ni gambaran saiz CD dengan  hanya adjust butangnya sahaja


Senang kan? So ibu2 yang berminat nak cuba CD ni boleh la kol saya di 013-6294095
atau emelkan ke meelah83@gmail.com

05 March 2012

Teletah Nizar!

Lame betul tak update blog ni..masa tak de,kalau ade masa pun duk brebut laptop ngan Naufal plak..
Seronok tengok anak2 tengah membesar..tapi terpaksa la jugak dengan karenah depe ni..macam2 jer..
Sabau je la...tapi best la,,pengalaman kan mematangkan kita..

Ni gambar2 Nizar jer..sekarang ni mulut dia tak berhenti cakap.mengalahkan Naufal.. ada la jugak teman ibu nak bersembang..

Sibuk nak pakai topi ngan sarung tangan ayah punyer


Tak de keje sangat,main dalam bakul


Buang tebiat pakai helmet 

Suke sangat die..

Tunjuk perut,tak malu...

Nizar yang happy go lucky!

Naufal dengan xtvt nya sendiri kat belakang tu..

01 March 2012

My 3rd Pregnancy


Tarikh Bersalin20/9/2012Persenyawaan29/12/2011
Ujian Kehamilan12/1/2012Degupan Jantung Yang Pertama26/1/2012
Gerakan Pertama19/4/2012Kebolehhidupan31/5/2012
Minggu 122/12/2011Minggu 2217/5/2012
Minggu 229/12/2011Minggu 2324/5/2012
Minggu 35/1/2012Minggu 2431/5/2012
Minggu 412/1/2012Minggu 257/6/2012
Minggu 519/1/2012Minggu 2614/6/2012
Minggu 626/1/2012Minggu 2721/6/2012
Minggu 72/2/2012Minggu 2828/6/2012
Minggu 89/2/2012Minggu 295/7/2012
Minggu 916/2/2012Minggu 3012/7/2012
Minggu 1023/2/2012Minggu 3119/7/2012
Minggu 111/3/2012Minggu 3226/7/2012
Minggu 128/3/2012Minggu 332/8/2012
Minggu 1315/3/2012Minggu 349/8/2012
Minggu 1422/3/2012Minggu 3516/8/2012
Minggu 1529/3/2012Minggu 3623/8/2012
Minggu 165/4/2012Minggu 3730/8/2012
Minggu 1712/4/2012Minggu 386/9/2012
Minggu 1819/4/2012Minggu 3913/9/2012
Minggu 1926/4/2012Minggu 4020/9/2012

Nota: Kalkulator ini bukan diagnosis. Pengiraan yang disediakan adalah anggaran yang berdasarkan pada purata.

Alhamdulillah..Allah masih memberikan zuriat pada keluarga kami...Syukur..Mula2 macam tak percaya jugak..

Semoga Allah memberikan kekutan padaku sepanjang tempoh ini, di samping dengan kerja2 rumah, karenah anak2, dan tanggungjawab sbgai guru & Pelajar...