30 October 2011

Puding Tembikai

Alhamdulillah, setelah 3 kali percubaan (macam susah sangat),saya berjaya buat Puding Tembikai ni dengan rasa puas hati.hehe

Bukannye tak jadi masa 1st and 2nd try dulu,tapi tak berapa nak cantik la...
Mula2 dulu pakai kismis untuk jadikan biji tembikai,tapi bila potong,jadi pecah2 plak agar2 ni..

Cari punya cari bijan hitam(macam Kak Nor buat) jumpe la jugak..

Inilah hasilnya!


Terlebih-lebih la plak letak bijan tu..

Nak cuba? senang jer..jom tengok bahan2 dan cara2..

Sumber: Kak Nor

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)
1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
sedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Potongan terakhir..ni jer yang tinggal...


Cubalah! senang jer ni...


29 October 2011

Tadika Sedidik @Ujian Tahfiz

Alhamdulillah,baru saja habis dalam mengadili budak2 Tadika Sedidik di seluruh bahagian Sibu dalam Ujian Tahfiz Surah2 Lazim..
Sekali lagi tahun ini saya dijemput menjadi hakim untuk mendengar bacaan mereka..
Terima kasih banyak2 kepada pihak Sedidik,,,




Barisan para hakim,dari kiri (Ustaz Mohd Nasir, Ustaz Mohd Nasruddin n Ustazah 'bertudung pink')


Khusyuk dengar bacaan budak2 ni,,


Antara hadirin yang hadir


Ceria semuanya

Gelagat adik2 di pentas





Adik ni naik kali ke-2. Kali pertama naik,baca Surah Al-Fatihah sikit,terus meraung,
takut mungkin tgok orang ramai..


Mula-mula tenang jer...


Dah tu,panggil mak die temankan kat tepi pentas..hihi..macam2 ragam adik2...

Sementara menantikan para hakim mengira markah, tengok dulu persembahan nasyid adik2 cilik ni,
kalau tak silap dari Sedidik Mutiara Sibu Jaya


Comel2 jer adik2 ni..


Siap bergoyang-goyang lagi...


Ustaz Nasruddin membuat ulasan mengenai persembahan adik2...


Acara penyampaian hadiah..




Hakim pun dapat hadiah jugak..:-)

Tima kasih banyak2 Sedidik...


Alhamdulillah,rezeki...

28 October 2011

Nizar makin Cerdik!

Lamanya ibu tak update crite anak 2nd ibu ni,,,Nizar hari ini dah berumur 1 tahun 8 bulan.
sekejapnya masa berlalu...
Nizar dah banyak bercakap, macam2 je mulutnyer..

Ayat2 yang selalu die sebut:
"pak cik Kashim"
"aduh,shakit"
"sik maok"

Dah pandai kira 1-10 (kadang2 x ingat n0 8)..heheh
pandai zikir subhanallah

Peramah dengan semua orang
Suka kucing (miaaw)


Sehabis hati makan ais krim


Wah..comotnyer(abaikan pemandangan d belakang)


Mmmmuuuuahhhh....

Dapat mainan ANGRY BIRD dari ayah




Wah..dah tak sabar2..


Ayah ajar dulu,,,


Aik?apehal nangis pulak? 


Abang Naufal dah rampas mainannyer,, sian..


Dapat balik dah..


(hari  berlainan-Naufal leka main laptop kat  belakang tu...


Buruknyer muke...


25 October 2011

Naufal @ Audiologist

Ini antara gambar2 kat Hospital Sibu masa appoiment Naufal bersama Pakar Audiologist



Semasa menunggu nombor dipanggil...



Main henset ayah dulu..



Dalam bilik Audilogist sementara tunggu doktor panggil...



Ayah dah ttido...



Ibu...


Dalam bilik doktor..NAufal dah takut tu...



Punye susah la nak suruh Naufal duk diam.ni pun kena pegang kuat2..


Doktor yang peramah,,,lupa dah name ape..


Nak buat test ni pun susah,,mula2 tak nak Naufal masuk bilik ni..

Alhamdulillah,lepas buat check ni,doktor kata OK la setakat ujian yang dibuat,
Cuma untuk ujian yang nak dengar bunyi yang paling perlahan tu tak dapat buat lagi sebab NAufal tak dapat duduk diam..
So,doktor bagi appoiment 6 bulan lagi dari sekarang
Harap Naufal dah boleh kontrol diri sikit untuk buat ujian tu..

Ibu dan Ayah berusaha membuat yang TERBAIK untuk Naufal,
Apepun,kami menganggap ini semua ujian ALlah
Mungkin Naufal ada masalah,
Tapi usaha yang dibuat ini diharap dapat membantu selain dari DOA kepada yang MAHA ESA...


22 October 2011

Rezeki...


Alhamdulillah, ari tu ada join contest Besday Akif..
Tak sangka plak dapat hadiah jugak.
Sukeee!!
APepun,TQ Puan NANA atas semua hadiah2 yang disediakan
Moga panjang umur,murah rezeki selalu ya!

Ni yang saya dapat.

Keychain = Pattaya (botol)


Jauh keychain ni...


True Random Number Generator  
Result:
40Powered by RANDOM.ORG

11. Kamilah Che Mat

16 October 2011

KEMULIAAN SEORANG IBU DALAM ISLAM


(Gambar ehsan dari En.Google)

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat,

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Buat semua ibu,bakal2 ibu,marilah kita mengutip pahala2 yang Allah dah janjikan untuk kita!

13 October 2011

Fahrin Ahmad @ Sibu

Hujung bulan September baru2 ini, Graduan Bumiputera Sibu ada menganjunkan sedikit program bersempena dengan pelajar2 yang akan menduduki PMR, Jadi mereka telah menjemput
Imam Muda Muhammad Asyraf yang merupakan juara Imam Muda siri 1 untuk menjadi penceramah.

Namun begitu,rezeki Imam Muda Asyraf tak kesampaian untuk samapai ke Sibu. Ini kerana disebabkan beberapa masalah teknikal dengan pihak penganjur.

Nak jadi ke cerita plak,kebetulan kat Sibu ni pelakon Fahrin Ahmad tengah bercuti kat cni.. Terus la penganjur cekup dia menggantikan IM Asyraf, memang nak jadi rezeki Fahrin kan...

Tiga program dah diatur iaitu Solat Hajat untuk murid2 yang akan menduduki PMR dan Program Pengayaan Minda yang melibatkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang terpilih.

Jom la kita same2 tengok gambaq2 Fahrin ni,,mane2 yang peminat Fahrin tu yer..hehe..

Majlis Solat Hajat di Masjid An-Nur,Sibu
Jam: 2.30-4.30 petang





Orang belakang tabir..Ustaz Yazid,Ustaz Faizal & Ustaz Nazri (memberi ceramah menggantikan IM Asyraf)


Murid2 yang hadir di masjid


Fahrin baru sampai..








Memberi sedikit motivasi


Murah dengan senyuman


Bergambar kenangan




Program Pengayaan Minda dan sambutan Aidilfitri di RH Hotel,Sibu
8.00 malam-10.30 malam

AJK Pendaftaran




Mok Cik yang bertudung biru (ahaks)


Rakan2 sejawat


Calon2 IM sesi 2012..haha





Di atas pentas bersama juru sidang,Ustaz Ahmad Hafiz BinAmran





Kak Aisyah dan heronya..





Fahrin di SMK Agama Sibu
Jumaat : Pagi

Disambut ...


Bersama Ustaz Wan Faisal


GB SK Abang Ali di belakang(Baju purple)


Murid2 mendengar dengan teliti

















Macam boring jek:P





Bersungguhnya Fahrin memberi motivasi


Menerima cenderahati



Tak lepaskan peluang bergambar dengan artis terkenal...


Seronoknya semua...


Cikgu2 dapat peluang bergambar


Wah....