31 May 2011

Tension+sedih!!!


Grrrrrrrrr......geeraaaammm!!!!!

Sedihhhhhhhhhh....hhhhhhhhhhuuuuuuuuuuuu!!!!!!!

Hilang semua gambar2 yang ku ambik dlam hanset,,tak tau nape..memory kad rosak rasenyer..

Tak dapat lagi nak update gambar2 coklat terbaru yang ku buat..

Dugaan oh dugaan..

28 May 2011

Sangat busy!

As-salam semua..

Lame betul tak berblog ni..siiiiibuuuuuuuukkkk sangat!!!!!
huhu..ari ni last ku menyiapkan order2 coklat sebelum terbang tengahari esok by MAS,,
Malam tadi beroperasi dengn adik Zila,yg sudi bantu aku di saat2 akhir..TQVM..

Sekarang ni masih packing yang blum habis,,kerja2 rumah masih terbengkalai,,,barang nak balik belum packing...

Semoga semuanya lancar...chaiyok3x...

Nati dah smpai sana baru boleh rest and update entry2 yg tertangguh...bye2..



Hihihi..

17 May 2011

Selamat Hari Guru!



Tidak terlewat untuk saya ucapkan SElamat Hari GUru buat semua pendidik di seluruh Malaysia..
Semoga segala usaha kita mendidik anak bangsa akan mendapat keberkatan daripada yang Maha Esa..

Jadi,jalankan tanggungjawab kita semua dengan IKHLAS...
InsyaAllah...

08 May 2011

Kek gula hangus / kek span

Alhamdulillah,menjadi jugak percubaan pertama buat kek ni..ini kek feveret sebenarnya..ingatkan susah..ambil dari resepi Kak Azlina,,,TQ...


Inilah resepi nya..tapi saya edit2 sikit..


Bahan2:


2 cawan gula
2 cawan air
3 sudu marjerin
susu pekat setengah tin
...telur 6 biji
gandum 2 cawan
soda 1 sudu


Langkah2:

Mula2 masak gula hingga cair semua,pastu masukkan air.Masak lagi sampai sebati pas tu sejukkan ia. 


Seterusnya gandum dan soda campurkan sekali dan ayakkan. ketepikan dulu.

Then kacau marjerin sampai gebu kemudian masukkan susu pekat. lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji.


Saya guna blender untuk bancuh adunan ni.Malas nak guna mixer. 


Kemudian masukkan gandum. kacau lagi.


Akhir sekali masukkan gula hangus tadi,. pah tu bakar ler,,hehe..


suhu:180
masa:lebih kurang 45minit..


Selamat mencuba!

Selamat Hari Ibu!



Hari ini,7 Mei seluruh dunia menyambut HAri Ibu,,bagi diriku yang sudah bergelar ibu ini, pengorbanan seorang ibu tak terbalas dengan apa2 pun..Jadi hargailah ibu kita selama mereka masih ada..

Buat ibu yang melahirkan aku, semoga engkau tenang di "sana"..doakan semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

FATIMAH BINTI MAT HUSSIEN
Ibu kandungku telah  kembali ke rahmatullah pada 23.3.1992.
Masa tu aku hanya berumur 9 tahun,belum puas mengecap kasih sayang seorang ibu..
Ibuku,
halalkan setiap titik air susumu yang kau berikan padaku...
Hanya Allah yang dapat membalas segala pengorbananmu...


Ibu kedua yang bertanggungjawab menjagaku,walaupun hanyalah ibu tiri,tetapi ku anggap seperti ibu sendiri. menjagaku,mendidikku menjadi insan yang berguna..
Terima kasih mak!

DIANAH BINTI DERAMAN
Semoga Allah sentiasa melindungi mak,dimurahkan rezki..amin..

Selepas dah berumahtangga,aku telah ditemukan Allah dengan insan bergelar ibu yang cukup baik,penyayang,penyabar..

 Buat ibu mertua tersayang,terima kasih di atas kasih sayang mak selama ini,layanan mak yang tiada taranya,kesabaran mak dan menerima Milah seperti anak mak sendiri..


Mak mertuaku,CHE PUTEH BINTI MD DESA
Moga Allah merahmatimu selalu dan dipanjangkan usiamu..

Kami Sayang Mak..
(Milah & Nazri)

Kami sayang tok..
(NAufal & Nizar)

07 May 2011

Henponku masuk air!!!


Huhu...sedih ni..henponku yang kubeli,,,naufal bawak main kat luar..terus di lompay dalam pool dia..henset tu dia letak kat tepi..

masa tu aku tengah bersebang dengan kawan kat luar pagar..
sedar tak sedar henset tu dah kosong skrinnya..

Tension2....

Naufal oh Naufal...huhu....

05 May 2011

Naufal oh Naufal




Anak sulung ibu,Muhammad Naufal sekarang dah berumur 3 tahun 4 bulan..yang menjadi kerisauan ibu ialah,perkembangan Naufal tak sama budak seusianya..di usia ini,anak2 kawan ibu semua boleh bercakap dengan ibu bapa masing2 dengan baik.. Kadang2 sedih jugak mengenangkan Naufal ni..dia budak yang aktif,tapi kurang bercakap..kalau bercakap pun ade perkataan yang kita x paham..


Alhamdulillah,sejak 4 bulan dihantar ke Tadika Didik Ria di sibu ni,nampaklah perkembangannya sikit,dah nak bercakap walaupun hanya sepatah dua perkataan yang keluar berbanding kawan seusianya..


Setelah ibu search di google, ini dapatannya...


Credit to: Forum Paramedik



Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis,
berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah
berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor
persekitaran dan kesihatan mereka.


Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana
faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat
bercakap juga.


“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan
untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan.
Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila
sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.


“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu
bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang
memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara
seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga
besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,”
katanya 







Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa
juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika
mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.


Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat
bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan
mempunyai masalah pendengaran.


“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga
menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk
mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan
dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)





“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai
berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi,
penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap.
Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah
kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika
ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.


Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada
ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks
sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak
itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.

“Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting
merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu
daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada
fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali
lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak
perempuan,” katanya.


Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang
subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat
peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.

Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu
seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami
bunyi-bunyi bahasa pertuturan.

Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.


Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.


Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan
pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks
sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.


FAKTA: Percakapan kanak-kanak


  • Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak
    dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain
    melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa
    tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan
    pra-linguistik). 




  • Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat
    sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran
    peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak. 




  • Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun
    biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan
    usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’
    sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit
    meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.


    [b]INFO: Tip membantu anak bercakap



    [/b]




  • Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan
    berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika
    mereka masih belum lagi pandai bercakap!




  • Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat
    yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada
    anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain
    supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak
    balas




  • Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat




  • Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak




  • Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana
    dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar
    perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali




  • Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk
    membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan
    bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari
    perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya




  • Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan
    berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang
    disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu
    mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah
    yang cuba disebut anak




  • Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya
  • Karenah anak2 di Pra Sekolah

    Hari ini,saya mengajar di Pra Bestari..Sambil2 murid buat kerja saya snap bebrapa keping gambar,, Saje suke2,seronok jugak melayan keletah budak unur 5 & 6tahun ni..Bila disuruh senyum,semua seronok nak bergambar..Ni antara gambar2 nya..


    Hasyikin & Nur Dia Fadilla...nama bukan main lagi..hehe..


    Makan time!! Tak sabar semua nak makan...




    Bacaan doa..


    Hanni,Fitri & Aiman..

    Hayati..cuba tengok betul2...keningnya tak ade..dia main cukur bapaknya kot...kesian..



    Fesyen tudung apa Dia Fadilla pakai ni? Lucu betul...


    Kumpulan murid2 pandai..dari kiri,
    Azian,Khairudien,Izzat,Izzuddin & Dayang Hadikah

    Set B Shaklee

    Alhamdulillah..tadi baru p ambik barang kat POs Laju..Set B Shaklee yang saya order dari Kak Norita khusus untuk meningkatkan penghasilan susu saya dan memberikan makanan tambahan secukupnya sepanjang saya menyusukan anak saya,Muhammad NIizar sepenuhnya dengan susu ibu..

    Kali ini saya beli  Buddy Pack:

    Mengandungi 
    • 2 x 30's Multivitamin
    • 2 x 30's B complex
    • 2 x 30's Vitamin C
    • 200 's Alfalfa
    Hanya RM140 bersama  12 BONUS !
    PERCUMA tambahan 80's Alfalfa
    PERCUMA potongan Diskaun RM20 dari harga asal iaitu RM160.
    PERCUMA Penghantaran
    PERCUMA hadiah istimewa
    PERCUMA TIPS ESKLUSIF mempercepatkan penghasilan susuibu melalui vitamin. 
    PERCUMA Hadiah  khas untuk “Return ” and  “New customer”. *
    + PERCUMA bekas  ber KUALITI  & kedap udara
    PERCUMA flyer  panduan
    PERCUMA menyertai laman  sosial khas yang  dipantau oleh mereka yang berpengalaman dalam pemakanan tambahan.
    PERCUMA update terkini hasil kajian dan tips penjagaan bayi.                            
    PERCUMA  Pautan jaringan panel Shaklee Euphoria (kumpulan  Pengasas Shaklee Trial Pack)
     Diskaun khas untuk pembelian fullpack.*


    Set yang didatangkan dengan bekas kedap udara yang cantik dan hadiah fridge magnet.



    Set alfafa,vitamin C,Vitalie dan B Compleks

    Kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


    a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
    Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

    b) B Complex
    Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
     Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

    c) Vitamin C
    Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

    d) Alfalfa
    Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
    Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

    Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:

    Energizing Soy Protein (ESP)
    Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :). Ibu dah amalkan hampir 10 tahun ESP ni memang sangat berpuashati.



    ESP 

    Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Ibu akan minum ESP 3-5 kali sehari apabila susu merosot. Memang cepat rasa susu penuh. Itu yang ibu sentiasa pastikan ESP sentiasa ada di rumah.

    02 May 2011

    Selamat Hari Pekerja!



    Salam hari cuti semua..belum terlewat untuk saya ucapkan selamat hari pekerja buat semua yang ade kerja..hehe..

    Ape2 jer yang kita buat adalah kerana Allah..semoga pekerjaan yang kita lakukan diberkati Allah, dan mendapat hasil@ kualiti yang kita harapkan...

    Buat warga Pendidik,jalankan tanggungjawab kita mendidik anak bangsa tanpa jemu..kitakan yang akan membentuk modal insan generasi akan datang..

    Bersabarlah dengan dugaan yang Allah berikan..sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan kita..

    Teringat arwah ayah..hanya kerja sebagai buruh & imam untuk membesarkan kami semua 10 adik beradik..Semoga Allah menempatkan Che di kalangan orang2 beriman...Rindu sangat kat Che.(panggilan untuk ayah)..


    Mood: Sedih...huhu..