25 September 2011

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)

Salam Ahad..esok ada ramah tamah kat sekolah,duk fikir nak masak ape ye..menu utama esok laksa sarawak..
so kita bawak kuih muih je la yer..

Gali2 dalam MyResepi,jumpe respi Kek Velvet ni..name pun dah cantik..so kita cube yer..

Resepi asal dari Kak Fida.


Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )

  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Kek_velvet_ombak_beralun_003
     Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Kek_velvet_ombak_beralun_004
     Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Kek_velvet_ombak_beralun_006
     Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Kek_velvet_ombak_beralun_016
     Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Kek_velvet_ombak_beralun_013
     Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Kek_velvet_ombak_beralun_019
     Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Kek_velvet_ombak_beralun_020
     Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai. Lepas dah sejuk boleh telangkupkan dan dipotong.


TARA!!! Ini hasilnya kek saya saya dah buat tadi...




































































 Rasanya lembut,,,cuma mm...macam tak naik sangat,,bantat ke ape orang cakap tu ek...


    Apepun,corak ombaknya ade la...mungkin susu xcukup @ kembang tak lame yer,, nati ada masa kita cube lagi yer,,
TQ atas resepi ini...

23 September 2011

Puding Pelangi

Salam semua...
minggu lepas,lepak2 tengok blog Kak Nor terus berkenan tengok puding pelangi
Bahan2 senang jer,semua ada kat dapur so try la..
 Ini resepinya ya...

PUDING PELANGI  (Recipe by Alma MyR)
 Sumber: Kak Nor (Secubit Garam)
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh


#untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor. So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....



Ini hasil yang saya buat..pelangi yang tak berapa nak jadi,,,



Rasanya memang sedap...


Saya buat dua aduanan ..yang ini saya sedekah rumah kak angkat saya yang buat open house..

Tak jadi macam kak Nor di sini..huhu
Apepun,yang pasti rasanya memang sedap...

21 September 2011

Dalam Kenangan..

Hari ini dah Rabu..maksudnya dah 4 hari arwah MOHD NAZMI meninggalkan kami sekeluarga.. sedih memng sedih,tapi itulah kehidupan kita..setiap yang ada di dunia ini hanya pinjaman daripada Allah..daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...

Mengimbau kembali kenangan bersama arwah,beliau memang periang tapi kadang2 senyap jugak.. bila dah jumpe 4 beradik, (Najib,Nazri,Najib,Nazmi) memang kecoh la...mereka 4 beradik memang rapat.. sepanjang 4tahun lebih mengenalinya, beliau ni memang yang jenis senang nak mintak tolong. Aku sebagai kakak ipar pun dia buat seperti kakak sendiri.. Terkenang gelak ketawa beliau..air mataku bergenang.....

Bagaimanalah hati dan perasaan seorang ibu menerima semua ujian ini..Hanya kepada Allah tempat untuk kita mengadu segala kesedihan... Untuk Mak, redhailah pemergian Ami...dia anak yang baik,soleh, disenangi oleh semua orang..Kita semua akan sentiasa merinduinya, senyumnya,gelak tawa,gurauannya.... Semoga kesedihan dan ujian yang Allah anugerahkan ini terkandung seribu hikmah yang belum kita mengetahuiNya..
Aku percaya,Mak seorang insan yang tabah menerima dugaan ini..insyaAllah Ami tenang di sana..


 Kenangan raya kami terakhir bersama arwah (2010)
tahun ni kami tak raya bersama..


 6 beradik yang rapat..Allah lebih menyayanginya...



Kenangan terakhir bercuti bersama-sama...

Buat Nazmi,kami akan sentiasa mengingatimu, segala kenangan bersama walaupun cuma seketika..
Semoga kau tenang di sana..
Ya Allah,tempatkan dia bersama golongan para solehin...amin...



18 September 2011

Al-Fatihah

Pagi tadi,suamiku mendapat panggilan telefon dari abangnya di kampung. Terkejut jugak dengar nada suara yang kurang sedap didengar..

Innalillah...rupa-rupanya adik suamiku,Mohd Nazmi telah kembali ke rahmatullah pagi tadi dalam accident bersama abangnya,Mohd Najib..Ya Allah,beratnya dugaanMu,,, moga semua yang berlaku terkandung hikmah yang besar..

Suami terus packing barang & cari tiket ke airport..mula2 ingat nak ikut balik sekali,tapi bila fikir susah dengan anak2,biarlah abang balik sorang jer.. Aku hanya mampu berdoa & sedekahkan Yassin dari jauh...

Semoga arwah MOHD NAZMI ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan soleh..amin...

Sumber dari Ondscene.my

Dalam kenangan...Naufal & Nizar akan sentiasa mengingatimu...

'Pak Cik ' yang menyenangkan..

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mukmin yang beriman....

Sumber dari utusan malaysia online

Kontraktor menahan kesakitan tiga jam di sisi mayat adik



ANGGOTA polis memeriksa mayat Mohd. Nazmi maut akibat kenderaan yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung di Lebuhraya PLUS menuju ke Sungai Buloh, Selangor, semalam.



KUALA LUMPUR 18 Sept. - Seorang kontraktor terpaksa menahan kesakitan akibat patah kedua-dua belah kakinya selama tiga jam dengan ditemani mayat adiknya selepas tersepit dalam kemalangan di Sungai Buloh, dekat sini awal pagi ini.
Situasi itu terpaksa dilalui Mohd. Najib Mohd. Napis, 27, selepas kereta dipandunya terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam empat meter di Kilometer 452.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dan gagal dilihat orang ramai.
Kemalangan yang mengorbankan adik Mohd. Najib iaitu Mohd. Nazmi, 24, dipercayai berlaku pada pukul 5 pagi.
Kereta Proton Satria dinaiki dua beradik itu yang dalam perjalanan dari Rembau hanya ditemui pada pukul 8 pagi oleh seorang pekerja tapak semaian dalam keadaan terbalik berdekatan kolam tapak berkenaan.
Abang mangsa, Mohd. Nasir berkata, kedua-dua adinya itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas beraya di rumah seorang rakan mereka di Rembau, Negeri Sembilan.
"Pada pukul 5.30 pagi ini, Mohd. Najib menghubungi saya dan dengan nada suara yang sedang menahan sakit dia memberitahu mereka tersepit dalam kemalangan di kawasan selepas Dengkil.
"Saya dan bapa kemudian bertolak ke kawasan berhampiran Dengkil untuk mencari mereka dan menghubungi pasukan keselamatan di lebuh raya untuk bertanyakan tentang kemalangan yang berlaku," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, ketika tiba di Damansara pada pukul 8 pagi, dia dihubungi oleh pihak lebuh raya yang memaklumkan penemuan sebuah kereta dan mangsa kemalangan.
Katanya, ketika dia dan bapanya tiba di lokasi kemalangan, mereka diberitahu oleh pasukan perubatan bahawa Mohd. Nazmi tidak dapat diselamatkan manakala Mohd. Najib masih sedarkan diri walaupun dalam keadaan kritikal.
Mohd. Najib kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala mayat adiknya juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.
Menurut Mohd. Nasir, keluarganya kecewa kerana kawasan kemalangan tidak dipasang penghadang jalan walaupun kawasan itu berbukit.
Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Supritendan Azmi Mansor memberitahu, kedua-dua beradik itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta dipandu Mohd. Najib terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.
"Kejadian itu gagal dikesan kerana tiada kesan kemalangan di kawasan tersebut dan tiada pengguna lebuh raya yang melihat ia berlaku," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.


16 September 2011

Sepetang di Bukit Lima

Sabtu minggu lepas,ayah bawa kami jalan2 kat Bukit Lima,Sibu,tempat rekreasi jugaklah@ tempat joging, makan angin dll... kesian jugak dengan budak 2 orang ni,asyik duk main dalam pagar rumah jer..


Sebelum pergi,Naufal main2 basikal depan rumah dulu



Buruknyer nangis Fal,ayah simpan basikal dalam bonet kereta


Susun elok2.. tak muat nanti..


Dah sampai..adik dengan bebasnya berjalan sambil dikejar ibu.. :P


Banyak replika2 binatang kat sini


Naufal dengan basikalnya..puas ayah duk ngejor


Adik ngn ibu tengok kolam.. "Ikan Mas" sebut adik..hihi


Tu dia...jalan laju..


atas titi...mana Nizar???


Kat belakang ibu rupanya...


Posing berdua..


Gaya Naufal berbasikal









Main atas tapak menara 


Balik dah,masuk kereta, Naufal meraung-raung tak nak balik..lain kali kita datang lagi yer..


Adik ...adik...

Hari Malaysia

Salam hari Jumaat semua..hari ni bersantai dengan suami & anak2 sempena cuti Hari Malaysia..
Semalam di sekolah beberapa orang dari KL datang ambik markah untuk pertandingan keceriaan sempena bulan kemerdekaan. Kalau ada rezeki menang la kami..:P



15 September 2011

Tabung Palestin

Baru2 ni,sebelum cuti hari raya ibu cek beg sekolah Naufal ade tabung yang dibuat dengan botol mineral.
Bila ibu baca Buku Komunikasi Naufal, ada surat yang menyatakan kutipan untuk Tabung Palestin yang perlu diisi sekurang-kurangnya sepuluh sen sehari..


 Ini tabungnya..penuh ibu isi,memandangkan duit syiling kat rumah ni selalu bertaburan di mana saja..



 Betul ke Naufal yang colour ni?


 Saya Muslim
Rakyat Muslim Saudaraku


 Moga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan penderitaan saudara2 di sana...


Naufal 0h Naufal....

UPSR 2011 SK Abang Ali

Alhamdulillah,tahun ini sekali lagi murid2 Tahun 6 Sk Abang Ali menghadapi ujian UPSR yang telah diadakan selam 3 hari bermula 13-15 September 2011..

Semoga tahun ini murid2 lebih bersemangat dan berjaya menjawab dengan baik serta memberikan keputusan yang cemerlang buat diri sendiri,keluarga dan juga untuk sekolah ini.

Nak tengok murid2 tahun 2010 hari UPSR klik sini ya.

Ragam murid2 dalam kelas menunggu sebelum masuk ke dewan ujian.


Kelas 6A1
 Berbincang bersama rakan





 Kak Ummu bersama anak2 muridnya.


 Tekun...insyaAllah 5A semua...


 Cikgu Richard memberikan maklumat2 terakhir...


Kelas 6A3
 Murid2 mengalas perut sebelum masuk ke dewan peperiksaan





Kelas 6A2
Cikgu Dayang Slima yang begitu penyayang melayan anak2 muridnya


 Memberi perhatian kepada nota2 terakhir dari guru


 Cikgu Katijah-mencurahkan segala ilmu2 yang terakhir...

Kelas 6A4
 Macam ni la keadaan kelas hujung...sempat main2 lagi cikgu mengajar di depan


 Cikgu Nor Ahmadi bersungguh-sungguh mengajar





 Di dewan untuk bacaan doa sebelum masuk ke bilik peperiksaan


 Berjalan masuk ke dewan ujian


 Moga berjaya semua!


Cikgu Bolhassan mengiringi murid2