20 December 2011

Kampung Bari,Sungai Tong

Masa balik ke Terengganu minggu lepas,teringin sangat nak tengok kampung kelahiran aku dulu..so rancang dengan kak Niah n Kak Yah,kami pergi 3 buah kereta..
Kampung @ Ladang Bari,Sungai Tong,Setiu..
kat sini la aku adik beradik dilahir n dibesarkan sampi la ayah meninggal tahun 1996..
masa tu aku baru masuk Form 1..
Kali terakhir aku datang sini 2006 dulu,masa nak menjemput ke majlis perkahwinannku...

Jalan masuk...teratur dengan pokok kelapa sawit jer..mata pencarian ayah kami membesarkan kami semua...huhuu....


Muka tak sabar nak tengok kampung lama

Ini la rumah tempat kami dibesarkan dulu...
Sekarang orang Indon yang menghuninya,,,

Jalan still sama...


Kat bawah ni kami selalu main..

Latar belakang yang tak berapa indah...

Me & Kak Niah

Semua kenangan masih di sini

Ayah & anak2 setia menanti dalam kereta

Dulu memang ramai orang Melayu duk di Ladang ni..sekarang ramai dah yang pindah..Ada la sikit lagi yang tinggal kat dalam ni.. Penghuni yang banyak sekarang ni orang Indon yang kerja kelapa sawit.

salah seorang yang masih tinggal kat sini is my sepupu..
Dia jadi jaga kat sekolah..Ini rumahnya..

Dia jamu buah nangka plak..lama tak makan ni...

Seronok rasa boleh kumpul macam ni sekali sekala

Kak Niah yang sibuk ambik gambar jer..

Ttido ke mok cik?

TQ Abang,sudi temankan ku melawat kampung lama..ini 1st time suamiku datang sini...
Kami juga pergi tengok sekolah lamaku...Post seterusnya yer...

19 December 2011

Selamat Pengantin Baru Atiqah & Yusuf


Alhamdulillah..samapai juga kami sekeluarga di majlis perkahwinan Atiqah dan pasangannya...
Kenduri di Lahar Yooi,,,nasib baik ayah mertua memang dah tau jalan tu..so tak la sesat mencari..
Atiqah ni adik yang mengajar satu sekolah denganku di SK Abang Ali,Sibu..
Dia dalam praktikum j-QAF..


Moga kekal abadi selamanya..
Dikurniakan anak2 yang soleh &solehah,amin,,,


Ni jer gambar yg sempat disnap bersama pengantin...blur plak tu..hahaa.....


Tengah makan..kebetulan pulak jumpe Kak Ummu dan Anis...

16 December 2011

Pantai Bidong,Merang

Seronoknya kalau balik Terengganu..seperti biasa,kami akan ke Pantai Bidong yang kat Merang.Tak jauh pun dari rumah..lebih kurang 20 minit jer,,
Bawak bekal2 makan sikit..lagipun musim ni tak boleh mandi sebab 'Ombak Rindu' yang terlalu besar..hehe..
Sekarang pun musim tengkujuh...

So,seperti biasa,snap gambar dulu..
Berlatar belakangkan Ombak Rindu...


Naufal & adik teruja dengan pantai..


Me & Na...

Na(anak buah),Kak Niah & aku..

Tahu x buah pe ni? Kalau kat tepi2 pantai memang banyak pokoknyer...
BUAH KEMUNTING


Me & Zul..(adik bongsu)

En.Suami yang tengah mancing..tapi xde hasil pun...


We...


2 dari kakakku..Kak Niah & Kak Yah...


Ape ni yek?Gamat laut kan,,,


Ombak yang besar @ Ombak Rindu yang sedang hangat di pawagam sekarang..


Naufal dengan aktiviti biasanya...


Kami semua..

Duk bergambar je kerjenya...


Adik yang sekshi dengan bikininyer..hihi...

Bestnyer suasana ni,.moga2 dapat rasa lagi main pantai next year...

Posing sakan nampak...

Naufal dengan Cik Ah...


Makan2...

3 daripada 9 beradik seibu seayah...

07 December 2011

Trip Ipoh-Terengganu

Alhamdulillah,semalam kami selamat sampai ke negeri kelahiran saya,negeri Terengganu Darul Iman...
Biasanya setiap tahun sekali saya pulang ke T'ganu.
Nak cerita tentang negeri sendiri mestilah best kan..sape tak nak cakap tempat die x best yer..hehe..

Kami bertolak jam 7.45 pagi..Anak2 pun blum bangun,terus angkat masuk dalam kereta 'baru'.


Jalan sepanjang Cameron Highlands..


Adik lena tidur di pangkuan ibu..


Ayah tenang bawak kereta..


Naufal la best tidur first class kat belakang...


Jalan sepanjang C.H

Kedai kat C.H

Sejuk je jalan kat sini..tak perlu buka air cone..udara yang nyaman..hmmmm


Strawberry besar...

Lepas dah melalui jalan Cameron Highlands,kami meneruskan perjalanan lagi hingga ke Gua Musang.

Kanan ke Guan Musang,Kelantan


Naufal baru bangun:"lambat lagi ke ni?"


Masuk ke Felda Aring yang akan keluar ikut jalan Tasik Kenyir,Kuala Berang,Terengganu..


Jalan dalam Felda Aring  teruk jugak la sebab banyak lori2 keluar masuk


Seronoknyer dengan muka blum mandi lagi tu..


Nizar plak baru bangun...


Singgah tepi jalan lepas keluar dari jalan Felda Aring..Lagipun Nizar ada muntah sikit.alang2 terus bagi mandi la...


Air dari bukit..

Naufal mula2 tak nak mandi,tapi lepas tu dia plak yang susah nak naik,
Air warna kuning sebab Nizar main air kat atas..

Lepas dah siap2 mandi,jalan lagi..
Kami singgah pulak kat Santuari Gajah

Kat dalam ni xde orang pun,,kami masuk ambik gmbar jap pastu terus keluar



Ayah ngan Naufal

Kami ber3

2 gajah.elephant kata Naufal

Dah nak balik..perjalanan mesti diteruskan..

Kami selamat sampai di Kampung Gelong Gajah(tiada kaitan dgn gajah di atas) jam 2.20 petang
Alhamdulillah...