Semalam pukul 11.oo pagi ibu ngn ayah bawak Naufal p Klinik Lanang..Untuk refer ke doktor tentang keadaan Naufal yang "lambat" sikit perekembangannya berbanding budak seusiannya...
Jumpa dengan nurse,ibu dah lupa nama dia,dia tanya "Kenapa sekarang awak baru tergerak nak bawak anak awak ke klinik..sekarang dah terlambat sangat.sepatutnya unurnya 2 tahun dulu awak bawak die jumpa doktr.."
Baru ibu ingat,last ibu bawa Naufal ke klinik masa umur 2 tahun.lepas tu xda lagi nurse bagi apa2 appoiment. Sebabnya suntikan semua dah habis.Satu je lagi yang tinggal lepas umur dia 4 thn.
Tersentuh juga hati ibu bila dia cakap macam tu..Naufal pulak tengah main Android ayah masa masuk dalam bilik nurse. Nurse cakap lagi.. "Tengok tu,awak bagi dia main benda2 macam tu,sebab tu la dia tak nak bercakap.sebab dia suka lagi benda tu berbanding nak cakap dengan dia..."
Mata ibu dah bergenang dalam bilik tu..Ayah pulak tak dibenarkan masuk...Nurse pelatih pun ade jugak..
Ibu rasa macam ibu tak ajar Naufal dengan baik,wahlal setiap kali ibu cakap, NAufal buat endah tak endah..
Ibu faham,kadang2 Nuafal nak jawab soalan2 ibu, tapi Naufal tak pandai..Kesian anak ibu,,, Sabar ye Naufal, lepas ni ibu dgn ayah akan ajar Naufal dengan adik sekali yer..InsayAllah....
Keluar dari bilik nurse,ibu dengan ayah masuk bilik doktor pulak..Tapi doktor tu bukan pakar kanak2.. Dia pakar sakin puan.tapi dia cuma pendapat saja. Katanya " anak encik puan ni saya rasa tak ada masalah. Mungkin perkembangannya lambat sikit..banyakkan cakap dengan dia...sebab dia punya memori kuat, cuma dia tak dapat nak bercakap saja.."
Lepas tu Nufal direfer ke Doktor Pakar kanak2...
Petang,pukul 2 baru ibu pergi semula klinik,ikutkan penat memanglah,dalam bulan puasa lagi.,tapi demi Naufal tersayang,semuanya tak penting lagi..
Naufal dibawa oleh ibu n ayah jumpa Doktor Pakar kanak2.. Doktor Nazrila Hairin Nasir.. Sweet n lembut orangnya..Dia tanya macam2 tentang Naufal bermula masa ibu mengandungkan,bersalin, umur berjalan,perkataan pertama yang disebut dan macam2 lagi...
Lepas tu doktor ambil barang2 macam blog dan buku imbasan untuk uji perkembangan dan pemahaman Naufal...ada yang Naufal boleh buat...Huruf2 semua dapat sebut,cuma bila DR tunjuk gambar, ada gambar yang Naufal tak tahu....
DR tanya warna,....TAK TAHU
DR tulis garisan panjang,suruh Naufal buat.......Naufal conteng je buku tu..:D
DR suruh lompat...Naufal lompat dengan semangat
DR ajar lompat sebelah kaki...... xdapat buat
Lepas dah siap ujian tu,DR buat kesimpulan....
Naufal ni cuma ada masalah konsentrasi..dia tak dapat tumpu perhatian lama2..
DR sarankan ibu mengajar Naufal sekurang2nya 10 minit sehari untuk menyebut gambar2 mudah, Cth anggota badan,dan benda2 di sekeliling kita..
Bukan ibu tak pernah buat,tapi Naufal tumpu sekejap saja..Lepas tu dia buat aktiviti sendiri: Main basikal,main henset ibu @ ayah,main laptop....(semua Naufal boleh explore sendiri)
Ibu risau kalau Naufal ada autisme..Alhamdulillah,DR kata Naufal tak da masalah tu..
Dah abis jumpe DR,ibu tunggu Dr buat appoinment lain..lame jugak la.. dalam jam 4 lebih baru siap..
Ada 5 appoinment tuk Naufal termasuk pemeriksaan berkala...
Naufal oh Naufal...moga lepas ni ada perkembangan yang terbaik ya anak ibu ayah sayang....
No comments:
Post a Comment