14 April 2011

Selamatkan botol susu anak kita?

botol plastikBisphenol A(BPA) dan digabungkan dengan bahan kimia lain air minuman ringandigunakan didalam pembuatan plastik dan resin. Sebagai contoh BPA digunakan didalam pembuatan plastik Polycarbonate, sifat-sifatnya yang lutsinar, dan mudah dibentuk. Polycarbonate juga digunakan didalam pembuatan bekas makanan, lapisan anti karat tin minuman ringan, botol susu kanak-kanak, pinggan mangkuk, cawan dan bekas simpanan.Larutan BPA yang mudah larut pada suhu panas amat membahayakan kesihatan jika terminum bahan tercemar ini. Antara kesan negatif BPA walaupun pada dos yang rendah:
  • Merosakkan fungsi imunisasi
  • Akhil baligh sebelum masanya
  • Obesiti
  • Hiperaktif
  • Kanser
botol susu bayiSeingat aku dulu botol susu aku diperbuat dari kaca dan zaman sekarang mana nak cari botol susu dari kaca. Kebanyakkan botol plastik semua diperbuat dari polycarbonate dan pilih label 7 kerana ia mempunyai ketahanan suhu yang tinggi. Elakkan membeli yang labelnya 3 (PVC-polyvinyl chloride) dan 6 (PS-polystyrene) turut mengandungi toksin lain walaupun bebas BPA.

Tips memilih botol plastik polycarbonate dengan melihat label pada bawah botol

Botol air PC label 7
Botol air plastik polycarbonate label 7

Jenis botol susu plastik polycarbonate dan bebas BPA

Botol susu label 7
Botol susu label 7
Botol susu bebas BPA
Botol susu bebas BPA
Botol susu bebas BPA biasanya berwarna agak kekuningan dan di label bebas BPA.


Aku mengalu-alukan pengharaman penjualan botol susu polikarbonat dipasaran Malaysia adalah sesuatu usaha yang dipuji kerana ia telah dilakukan peringkat nasional. Kalau hendak mengharapkan kempen kesedaran memilih botol susu bebas Bisphenol A mungkin tidak berkesan atau mesej tidak tercapai, lihat sahaja kempen anti merokok masih gagal memberi kesedaran dengan cara menasihat dan penekanan kesan bahayanya akibat kesan merokok gagal memberi impak.


Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg
Contoh botol air polikarbonat PC 7
Botol air polikarbonat PC 7
Contoh botol susu polikarbonat PC 7
Botol susu polikarbonat PC 7
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Sistem kod identifikasi plastik


p/s: turut perlu diberikan perhatian untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas makanan polistren dan sebagainya.


Jadi buat ibu bapa di luar sana,fikir,renung dan buatlah pilihan yang bijak untuk keselamatan anak2 kita...

Credit to akubiomed.com

No comments:

Post a Comment