Alhamdulillah,sejak 4 bulan dihantar ke Tadika Didik Ria di sibu ni,nampaklah perkembangannya sikit,dah nak bercakap walaupun hanya sepatah dua perkataan yang keluar berbanding kawan seusianya..
Setelah ibu search di google, ini dapatannya...
Credit to: Forum Paramedik
Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis,
berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah
berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor
persekitaran dan kesihatan mereka.
Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana
faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat
bercakap juga.
“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan
untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan.
Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila
sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.
“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu
bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang
memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara
seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga
besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,”
katanya
Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa
juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika
mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.
Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat
bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan
mempunyai masalah pendengaran.
“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga
menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk
mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan
dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)
“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai
berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi,
penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap.
Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah
kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika
ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.
Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada
ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks
sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak
itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.
“Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting
merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu
daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada
fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali
lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak
perempuan,” katanya.
Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang
subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat
peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.
Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu
seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami
bunyi-bunyi bahasa pertuturan.
Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan
pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks
sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.
FAKTA: Percakapan kanak-kanak
dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh ‘berkomunikasi’ dengan orang lain
melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan, bahasa
tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan
pra-linguistik).
sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki sedikit kemahiran
peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.
biasanya sudah memulakan perkataan pertama mereka dan dalam lingkungan
usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami ‘semantik’
sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit
meningkat seiring dengan peningkatan usia dan pengalaman.
[b]INFO: Tip membantu anak bercakap
[/b]
berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika
mereka masih belum lagi pandai bercakap!
yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada
anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain
supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak
balas
dengan cara ini ibu bapa memberi peluang kepada anak mendengar
perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali
membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan
bahasa antaranya mengemukakan soalan, mengemukakan arahan, mempelajari
perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya
berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang
disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas bantu
mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah
yang cuba disebut anak
jgn risau kak mila, mb naufal conflik skit coz baby sitter dia dulu ckp melanau, takpe janji dia aktif n sihat, nanti dia dah blh bercakap penat nak melayan plak..he3, tgk lg 2 3 bulan sure dia dah blh bercakap ngan lancar
ReplyDeletetq atas su[pport..sape ni ek?
ReplyDelete