16 July 2011

APC

Alhamdulillah, Pada 7 Mei lalu,rezeki datang ..Aku dan beberapa orang lagi rakan guru telah dipilih menerima APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) bagi tahun 2010..Terima kasih kepada pihak atasan SK Abang Ali,Sibu atas pemilihan ini..semoga anugerah yang diberikan ini akan menaikkan lagi semangat kami dalam menjalankan tanggungjawab kani,insyaAllah,,,,

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.


Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).


Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan.


Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan 
Negeri.



Bergambar kenangan...


Puan Habsah Ibrahim...


Puan Jacklyn Mau Abit


Encik Fadhlan Abdullah


Encik Nor Shith Rashid

No comments:

Post a Comment