Minggu ni duk layan drama Annisa..mula jam 10.30 mlm..lewat dah tu,tapi kami berempat msih awal..hehe..
Selasa,Rabu n khamis..
Best jgk la crite dia ni..pasal persahabatan..
yang bestnyer lagu tema die..menambah lagi feel..huhu...
Drama bersiri Annissa ini memaparkan konflik yang berlaku dalam persahabatan empat wanita yang pada asalnya berlandaskan kepercayaan. Mereka berkenalan rapat sejak di kolej lagi, mereka berganding bahu dan bersatu tenaga membina sebuah empayar peniagaan yang berjaya.
Di atas tonggak Annissa Corporation Sdh Bhd, Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Farahdhiya) berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain.
Atas kesungguhan dan keyakinan mereka bersatu membina empayar perniagaan, Anissa Corporation berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tanah air yang berkembang pesat. Bagaimanapun kehidupan empat wanita korporat ini mula tercalar. Keakraban itu mula goyah apabil syak wasangka tidak didga wujud. Anna menyesyaki suaminya Farid (Zamarul Hisyam) curang dan berpoligami. Namun pertanyaan Anna sering dinafikan oleh Farid.
Berbekalkan naluri seorang isteri yang menyesyaki kesetiaan suami tercinta, Anna meneruskan siasatan mengenai siapa isteri kedua suaminya. Sementara itu, Balkis merupakan sahabat baik dan paling disayangi Anna. Tanpa pengetahuan Anna, individ yang amat dipercayai dan disayanginya itu adalah pengkhianat persahabatan mereka apabila Balkis secara diam telah mengahwini Farid. Kedua-duanya bijak menyimpan rahsia dengan menjadikan Kamal (Eizlan yusof) sebagai kekasih Balkis.
Kamal akhirnya tidak tahan dengan penipuna tersebut kerana Balkis memintanya berpura-pura menjadi suaminya selepas Balkis mengandung. Balkis seterusnya mencari dan mengupah seorang pemuda untuk berlakon sebagai suaminya.
Selain Balkis, sahabat mereka iaitu Sara mengambil keputusan untuk meninggalkan Anissa Corporation dan menjauhkan diri daripada sahabatnya kerana disahkan menghidap barah peringkat ketiga.
Dapatkah hubungan persahabatan mereka diselamatkan? Apakah keempat sahabat ini berjaya menghindari dan melepasi dugaan dan godaan dalam kehidupan? Semuanya akan terjawab dalam drama Annissa menerusi slot Samarinda di TV3 mulai 31 Mei yang lalu.
Jom layan lagu die jap..
No comments:
Post a Comment