04 August 2011

Puding Roti Karamel

Semalam balik sekolah awal,so sempat menyedia sejenis pencuci mulut buat berbuka puasa Hari Ke3.
Alhamdulillah jadi jugak resepinya.. Kebetulan mak mertua pos roti gardenia so saya guna roti tu untuk buat puding yang senang ini..
Resepinya dari Kak Nor lagi..TQ kak Nor




Inilah hasilnya,,,alhamdulillah jadi.


Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
**saya tambah kismis-taburkan dalam loyang



Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) 


Pandangan dekat..memang sedap puding ni..

Cuba yer...

2 comments:

  1. kenapa ada ketul2 hitam atas tu kamaliah.. kismis ke?

    ReplyDelete
  2. aah..saje tambah kismis..hehe..derhaka jugak ni..kihkih...

    ReplyDelete