About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Saya seorang isteri kepada Mohd Nazri,dan ibu kepada Muhammad Naufal, Muhammad Nizar, Nur Husna dan Nur Nasuha juga seorang pendidik anak bangsa,,,InsyaAllah...

30 October 2011

Puding Tembikai

Alhamdulillah, setelah 3 kali percubaan (macam susah sangat),saya berjaya buat Puding Tembikai ni dengan rasa puas hati.hehe

Bukannye tak jadi masa 1st and 2nd try dulu,tapi tak berapa nak cantik la...
Mula2 dulu pakai kismis untuk jadikan biji tembikai,tapi bila potong,jadi pecah2 plak agar2 ni..

Cari punya cari bijan hitam(macam Kak Nor buat) jumpe la jugak..

Inilah hasilnya!


Terlebih-lebih la plak letak bijan tu..

Nak cuba? senang jer..jom tengok bahan2 dan cara2..

Sumber: Kak Nor

Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)
1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam
sedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Potongan terakhir..ni jer yang tinggal...


Cubalah! senang jer ni...


1 comment: