13 March 2011

Cara Uruskan Lampin Moden


Salam Ahad semua..hari ni saya nak kongsikan pada ibu2 yang menggunakn lampin moden(cloth diapers) cara nak uruskn CD ni untuk dibawa ke rumah babysitter@pengasuh@taska.. Bagi mommies2 di luar yang tak pakai CD ni,memang diorg akan cakap leceh nak kendalikan CD..bagus lagi pakai pampers..tapi pakai2 la u all semua compare antara DD dan CD.. kalau anak sorg memang la tak terasa beli DD,tapi kalau dah 3org pakai DD,berapa nak bajet sebulan untuk beli DD sahaja? huh....fikir2 la...

Sumber ni saya ambil dari blog Cik Sue Chantek,pengurus Lunatots.com

Lama saya bercita cita nak cerita lagi dan lagi mengenai Cloth Diaper(CD)
Sebelum ni ada saya stori mori kan di sini dan di sini
Harini baru ada peluang dan kesempatan sementara boss tak menjengahku

Semua tips dan cadangan di dalam entri saya hanyalah sebagai panduan untuk ibu ibu membuat pilihan
Di mana pilihan sentiasa di tangan mulus anda :)

Saya suka bercerita pasal wang yang boleh dijimatkan dengan penggunaan CD
*Sebab saya dah pernah bercerita panjang mengenai bahan kimia dan kesan penggunaan Disposable Diaper (DD) pada dunia
(dan ianya membuatkan saya sedih)
Jadi kita cerita pasal perkara happy ye :)

Anda boleh right click dan View Image untuk membesarkan gambar di bawah
Normal DD ialah DD brand Huggies, Drypers, Pureen yang biasa biasa (anggaran 60 sen sekeping)
Dan expensive DD ialah MamyPoko, Drypantz (anggaran RM1 sekeping)

Aturan penggunaan DD sebenar
Bagi bayi berusia:

  • bawah 2 bulan – 12 keping sehari (2 jam sekali)
  • atas 2 bulan sehingga average 4 tahun – 6 keping sehari (4 jam sekali tukar)

price1

Penjimatan hampir 500%untuk normal DD dan 900% untuk expensive DD
Sekalipun anda masukkan kos sabun dan tenaga yang digunakan
Ianya tidak akan semahal DD

“Pengunaan CD adalah possible dan mudah utk ibu bekerja

Ini rutin harian saya setiap kali pulang dari kerja
“Plastik hikmat” dari nursery
Biasanya ada 3 soiled CD
Shampaks kan sahaja ke lantai bathroom sehingga tiba waktu mandi anda
*sekalipun anak anda tidak berCD, anda masih perlu mandi kan..hihi

plastik hikmat

Maksud saya, sambil mandi, sambil bersihkan cd yang terkena poo
Dan bilas sampai hilang hancing untuk CD yang terkena urine
Kesan kuning/hijau daripada stool anak anda TIDAK akan hilang kerana kita cuma sental sental manja..hihi
Part sental2 itu biar washing machine yang buat.


Selepas CD dibilas
Semua CD yang hilang bau (stain masih ada)
Di letakkan dalam diaper pail sehingga hari basuhan (2-3 hari sekali)

imgp1523

Ini adalah tong sampah yang boleh dipijak untuk buka tutupnya

imgp1529

Berikut adalah Jadual Pembasuhan CD yang saya buat untuk anda

basuh

Sepatutnya sekali basuh 18 CD kan
(Provided jika anda mempunyai 20 CD)
Saya mempunyai less than 10 CD
Belum termasuk yang didalam timbunan kain tak berlipat,
Washing machine saya akan membasuh walaupun sedikit

IMGP2893 (Medium)

Gambar di bawah ni, saya rasa sehabis kreatif
Ambil dari sudut kipas yang berhabuk berpusing
Saya cuba tunjukkan yang saya menyidai CDs setiap malam dengan bantuan kipas

jemurkan

Antara soalan lain, berapa banyak CD yang mereka perlu beli sebagai permulaan?
Refer table di bawah

guna

Ini ‘bekal’ harian anak di rumah pengasuh
*Sama banyak dengan DD yang digunakan sepanjang siang
CD terbahagi kepada pocket pants (yang berwarna)
Dan insert (yang putih)

IMGP2890 (Medium)

Lunatots Cloth Diaper ialah One Size Diaper di mana ianya mempunyai adjustable button
Maksudnya CD yang sama boleh dipakai sehingga usia baby 3 tahun atau sehingga dia boleh buang air sendiri (2 tahun ++)

Antara produk lain dari Lunatots Online Store
Lunatots Nappy Wetbag yang available dalam 3 warna- biru, merah, orange

Kenapa anda perlu ada Lunatots Nappy Wetbag?
Hari demi hari, ‘plastik hikmat’ yang anda bawa dari rumah pengasuh
Akan semakin banyak dan memenuhi bilik air anda
Lebih mudah jika anda ada sebuah beg yang khusus sebagai ‘bag pengangkut’ kan?

imgp1437

Lunatots Online Store juga menjual Laundry Bag utk kemudahan anda membasuh CD
Saya ada baaaaaaaaaaaaanyak Laundry Bag yang dibeli dengan harga RM5
Tapi zipnya rosak selepas 2-3 kali basuhan which is not worth for money
Lunatots Laundry Bag(LTB0002) adalah dalam bentuk Rope Closing Style yang lebih tahan lama berbanding zip style

laundry-bag


Daripada semua penerangan yang panjang lebar ni,harap2 dapat menolong ibu2 yang belum tahu nak urus CD bila waktu bekerja ya..yang penting RAJIN...tapi benarlah kata orang,sesuatu yang susah perlukan pengorbanan...begitu juga perihal Breastfeeding dan Cloth Diaper..Yang penting,tanya diri masing2...






No comments:

Post a Comment