15 August 2010

Basuh CD


Pagi tadi,dh lps Solat Subuh,aku menghadap sebesan CD yg blum bbasuh..huaaaa!!!!!
Smentra 2hero msih tdo,dpt ku jlnkn xtvt harianku...

Memandangkn aku dh fully berCD slma lbh kurg 7buln,aku perlu buat PROSES PEMULIHAN untuk CD2 ini... ape mksudnye?

Ini aku petik dr blog Suraya,(tuan punye Lunatots.com)

Semakin membesar bayi kita, najisnya akan lebih berasid dimana makanan yang diambil adalah hampir sama dengan orang dewasa!
Jadi bayangkan jika org dewasa buang air di dalam CD, pasti sedikit ’susah’ dan lebih ‘berbau’ berbanding najis bayi kita dibawah 1 tahun kan?
(Mungkin ianya petanda anak anda sudah bersedia utk latihan ke tandas? : wink:)

Ibu bapa patut expect kesan najis bayi akan susah utk ditanggalkan berbanding dahulu
Terutama jika CD yang terkena stool ’diperam’ selama lebih dari sehari
Cara cara utk membersihkannya ialah :
- Bilas dengan air yang banyak sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh
- Tambahkan sabun dan air
- Sidai di bawah cahaya matahari kerana cahaya matahari adalah ejen pembersih dan pemutih yang TERBAIK!

Sekiranya selepas beberapa basuhan awal (prewash), CD anda masih leaking
Atau mungkin selepas beberapa bulan digunakan, CD anda berbau hancing
Ada kemungkinan terdapat detergent build up pada material fleece tersebut (bagi
CD Lunatots)
Cuba alirkan air paip yang perlahan ke atas inner mikrofleece anda dan lihat samada air tersebut diserap atau mengalir ke tepi
Anda boleh cuba :
- Basuh pocket pants anda dengan sabun basuh pinggan seperti Sunlight
- Sental2 dengan tangan
- Rendam bahagian inner dengan air panas yang tidak terlalu panas yang dicampurkan dengan air paip dan bersuhu lebih kurang 70 darjah celcius
- Cuba elakkan bahagian PUL terendam sama kerana dibimbangi air panas akan merosakkan PUL
- Sidai dibawah cahaya matahari, semuanya akan kembali berseri-seri
:)

Bagi membasuh insert yang sudah kelabu, atau kurang gebu dan ada ibu merasakannya ia makin nipis
Anda boleh cuba :
- Tambahkan sesudu kecil soda bikarbonat bersama sabun semasa mode Wash/Basuh didalam mesin basuh

28072009134

- Dan semasa mode Rinse/Bilas, tambahkan sedikit cuka bagi tujuan peneutralan. Penggunaan soda bikarbonat dibimbangi akan menyebabkan diaper rash, kerana itu sedikit cuka diperlukan.
- Jemur di bawah cahaya matahari
- Istimewanya, insert anda akan kembali putih, gebu dan tidak berbau
:)

29072009138

Bunyinya macam remeh kan? Jika kalian tak mahu buat pun tak mengapa
Ianya tak perlu dilakukan setiap bulan
Mungkin 6 bulan sekali, atau bila bila rasa mahu melakukan sesuatu semasa hujung minggu
Sebenarnya tips basuhan menggunakan soda bikarbonat dan cuka itu boleh digunakan kepada
baju atau kotoran rumah yang lain

Saya suka memakaikan anak saya dengan CD
Kerana dengan memakai CD, saya boleh tahu makanan apa yg anak consume di rumah pengasuh
Cek samada stoolnya berdarah ataupun bercacing
Dan mengira berapa kali dia poo poo di rumah pengasuh


P/s..basuhan spt ni bukan dilakukan setiap hari ye...6buln skali ke...


No comments:

Post a Comment