14 August 2010

Kenapa Guna Cloth Dipers

Kita sambung lg tentang CD.. Hari ni berkenaan tajuk kenapa perlu berCD...

Sebenarnya,keputusan menCDkan anak2 adalh kputusan yg besar aku buat. Aku perlu memikirkan kos yang perlu untuk membeli CD ini yg sememangnya agak mahal, mengetepikan rasa MALAS untuk menguruskan CD,dan juga pandangan org2 yg tidak tahu tentg kebaikan CD ini...

Tengok carta bawah ni ye...

kenapapakaiCD


10 sebab yang paling utama ialah :

1. Pakai kain Cotton.
Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain. Memang selamat ye untuk anak kita.

2. Tahu tak bagaimana Disposable Diaper (Pampers pakai buang) bekerja?

Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Baiklah, cuba ini ; potong diaper itu kd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi.Banyak bahan kimia dlm gel tu yg berbahaya kepada anak. Fikir2 kan ye..

3. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara.

Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu?? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.

4. Kurangnya ruam dan gatal.

Sebabnya tiada nya lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan kain lampin sbbnya bila dah basah, anak kita pun tak selesa lagi.Kita kena sentiasa alert dgn anak kita terutamanya yg kuat pee.Kalau dah 3 jam perlu tukar la.

5. Kain lampin sangat menjimatkan!!

Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan CD. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (cara mereka menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.Ini purata untuk kos penggunaan DD.(yg murah ni tau)

RM 0.50 x 6 helai x 30 hari = RM 90.00
RM 90.00 x 12 bulan = RM 108.00
RM 108.00 x 3 tahun = RM 3,240.00(biasanya kanak2 ambil masa 3thun guna pampers)

Kos bagi pembelian 10 helai lampin kain moden (10 helai adalah jumlah yang disyorkan)
RM 48.00 x 10 helai = RM 480.00 (boleh beli secara berperingkat,lagi byk CDdigunakan tiada lagi penggunaan DD)

Penjimatan yang diperolehi
RM 3,240.00 - RM 480.00 = RM 2,760.00

Menjimatkan bukan?


6. Senang utk digunakan.

Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, dah ada rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan!! Anak pun cute sangat pakai CD yg colourful!

7. Cepat pandai buang air sendiri

Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.

8. Berbahaya

Satu cawan penuh ‘crude oil’ telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum.

9. Anak2 belajar dari pemerhatian dan peniruan.

Anda tunjukkan contoh yg baik tentang cara2 mengurus sampah dgn baik dan menjaga alam sekitar. Mereka pun akan ikut jg kerana telah didik begitu!! dan yg terakhir sekali…

10. Masalah kesuburan

Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).Tak ada keturunanlah kita nanti...


Di sini dulu...nanti sambung lagi..

No comments:

Post a Comment